Pindaan Akta Kerja Harus Ditarik Balik - Zainal Rampak

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia diminta menarik balik pindaan Akta Kerja 1955 yang diluluskan Parlimen pada 6 Okt lepas kerana ia didakwa tidak memberi sebarang faedah kepada pekerja.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) Datuk Zainal Rampak berkata akta itu dilihat memberi lebih keuntungan kepada majikan, dan pada masa yang sama, tidak memberi kemudahan asas kepada pekerja.

"Seksyen 33A dalam akta berkenaan hanya mencadangkan kontraktor yang membekalkan pekerja kepada majikan perlu mendaftar dengan Ketua Pengarah Buruh, bagaimanapun, ia tidak menjelaskan bahawa majikan harus menyerapkan para pekerja berkenaan sebagai pekerja tetap," katanya pada sidang akhbar di pejabat TWU, pada Ahad.

Beliau berkata apabila tidak diserapkan sebagai pekerja tetap dan hanya bekerja secara kontrak, maka mereka tidak akan mendapat kemudahan serta perlindungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Zainal, yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), berkata Sekyen 33A itu juga tidak menjelaskan tanggungjawab kontraktor dalam memberi perlindungan seperti insurans dan pampasan kepada pekerja, dan secara langsung, ia akan menyebabkan kontraktor tidak akan bertanggunjawab terhadap pekerja yang mereka ambil.

JAYA "Pindaan Akta Kerja 1955 ini dilihat hanya akan membuka peluang kepada majikan untuk melakukan lebih banyak penyumberan luar sehingga mewujudkan lebih banyak sistem komisyen dan sistem trip untuk pemandu kenderaan berat di sektor pengangkutan.

"Dalam mengejar hasil komisyen kelak, pemandu lori dan kontena akan memandu secara berbahaya untuk mengejar masa, dan seterusnya ia mampu mengakibatkan lebih banyak kemalangan jalan raya, adakah ia memberi keuntungan kepada semua pihak kelak?" katanya.

Zainal berkata TWU dan MTUC sedia berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia mengenai pindaan Akta Kerja 1955 dan berharap masalah itu diselesaikan segera tanpa perlu dirujuk kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Beliau berkata pihaknya berpendapat jika masalah itu dipanjangkan kepada ILO, ia akan memberi implikasi yang tidak baik kepada Malaysia.

Katanya, Kementerian Sumber Manusia seharusnya menumpukan perhatian kepada beberapa isu penting seperti tuntutan gaji minimum, Skim Penamatan Kerja Secara Sukarela (VSS) dan lanjutan umur bersara kepada 60 tahun untuk sektor swasta.

Pihak kementerian dan Persekutuan Majikan Malaysia masih belum mencapai sebarang persetujuan atau memberi keputusan mengenai isu tersebut, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan