MCA Kata Pendirian DAP Terhadap Anwar Bercanggah

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA menyatakan pada Isnin sokongan Pengerusi DAP terhadap ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan adalah bercanggah dengan pendirian beliau sendiri. Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berkata perlu diingat bahawa semasa Anwar merancang pada 16 Sept mengambil alih kerajaan Persekutuan pada 2008 yang gagal, Karpal menuntut supaya Anwar meletakkan jawatannya sebagai pemimpin pembangkang. "Tindakan kebelakang ini menggambarkan bahawa DAP akan dengan mudah menukar kedudukan bertentangan dengan prisip mereka sendiri.

"Sekiranya penyokong kuat pembangkang seperti Karpal Singh yang punya pengaruh kuat di kalangan pengikut setianya dengan mudah boleh menukar pendirian menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, ini memberi petanda jelas bahawa DAP bersedia berpatah balik melawan prinsip mereka semata-mata mahu mendapatkan sokongan ramai dengan tujuan merampas tampuk Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu Setiausaha Pengelola Kebangsaan MCA Datuk Tee Siew Kiong, dalam satu kenyataan berasingan berkata pendirian Karpal terhadap Anwar semata-mata untuk menipu rakyat kerana dakwaannya itu tidak pernah disokong atau diluluskan oleh PAS.

"Di satu pihak Pakatan Rakyat sememangnya berkata Anwar Ibrahim adalah calon mereka untuk Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2008, PAS pula kemudian mendakwa presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah lebih layak daripada Anwar Ibrahim untuk jawatan berkenaan.

"Selepas kenyataan PAS itu, tidak ada lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang membangkitkan perkara tersebut," katanya.

Tee berkata semasa Anwar mengeluarkan kenyataan mengatakan Lim Kit Siang daripada DAP akan dilantik Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan mengambil alih kerajaan Persekutuan, PAS menjawab bahawa Lim hendaklah terlebih dahulu menjadi seorang Muslim, dan ini menyebabkan Anwar Ibrahim menukar pendiriannya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan