Khidmat Guaman Percuma Untuk Penduduk Parlimen Sg Petani

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Klinik Undang-undang 1Malaysia telah diwujudkan di kawasan Parlimen Sungai Petani untuk membantu golongan tidak berkemampuan mendapatkan khidmat guaman secara percuma.

Klinik Undang-undang itu diusahakan oleh Naib Ketua Umno Bahagian Sungai Petani Datuk Mohammad Firdaus Zakaria dengan kerjasama Biro Kebajikan Umno Bahagian Sungai Petani dan telah dilancarkan pada Ahad.

Mohammad Firdaus berkata klinik khidmat guaman yang julung kalinya di Kedah itu diadakan khas untuk orang ramai di Parlimen Sungai Petani dan sesi penerangan diadakan menerusi kaunter bergerak di setiap zon di seluruh kawasan Parlimen.

"Kita ada barisan panel peguam sukarela seramai lima orang untuk membantu Umno sini yang mana mereka khusus dalam bidang sivil serta syariah," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Mohammad Firdaus berkata tiada syarat spesifik dikenakan kepada orang ramai yang ingin menyertai klinik khidmat guaman itu dan ia terbuka kepada semua tanpa mengira kaum. Katanya inisiatif pihaknya mengadakan klinik tersebut juga adalah langkah untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa undang-undang bukan hanya pendakwaan semata-mata namun ia lebih kepada perlindungan dan perkhidmatan.

"Daripada pemerhatian saya, kebanyakan orang ramai berhadapan masalah untuk dapatkan khidmat peguam sebab mereka takut, kewangan tidak ada terutama bagi orang kampung dan tidak tahu prosedur sebenar untuk dapatkan peguam...nak pergi jumpa siapa pun tidak tahu," katanya.

Beliau berkata lagi sekiranya seseorang individu itu terlibat dengan kes yang berat, pihaknya akan berusaha merujuk kes itu kepada Biro Bantuan Guaman bagi membantu pihak berkenaan menyelesaikan masalahnya.

"Selepas dilancarkan semalam, hari pertama sahaja kita sudah dapat sembilan kes iaitu lapan kes yang bersangkut dengan faraid tanah dan satu kes berkaitan syariah," kata Mohammad Firdaus.

Orang ramai di sekitar Parlimen Sungai Petani yang memerlukan khidmat guaman secara percuma itu boleh berhubung terus dengan peguam yang dilantik di Messrs Fisol Aziz & Mohd Noor yang beralamat di No. 139, Tingkat 1, Jalan Masjid, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan