Kementerian Kesihatan Bincang Langkah Jayakan Kempen Hidup Sihat

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan restoran, pengilang serta pembekal makanan bagi membincangkan langkah terbaik dalam usaha menjayakan kempen amalan hidup sihat di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pertemuan itu akan membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil dalam penghasilan produk makanan yang mengurangkan kandungan gula, garam serta lemak tanpa menjejaskan kualiti dan harga barangan itu.

"Kita akan jumpa dengan semua pemproses makanan, pemilik restoran, persatuan-persatuan restoran, pembekal atau pengilang makanan untuk memastikan mereka memahami dasar kerajaan untuk menjayakan kempen kurangkan gula, garam dan lemak.

"Kita akan tengok apa-apa insentif atau galakan yang boleh diberikan kepada mereka dan mendengar pandangan mereka bagaimana kita boleh bekerjasama untuk memberi makanan yang lebih sihat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Mengenai Kesihatan Awam Asia Pasifik kali ketiga.

Liow bekata kementerian memberi penekanan kepada tiga bahan terbabit dalam kempen amalan hidup sihat ekoran bahan itu adalah antara penyumbang kepada meningkatnya penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Selain itu, Liow berkata pengusaha dan pembekal makanan juga akan diminta supaya memaparkan kandungan nutrisi dan bahan lain yang digunakan dalam bahan makanan pada bungkusan. "Kita hendak mendidik orang ramai untuk melihat apa kandungan makanan mereka. Kita mahu mereka memahami label makanan dengan baik. "Selain itu, kita juga mahu mendidik dan menggalakkan para suri rumah supaya membeli barangan makanan mengikut sistem piramid makanan yang diletakkan di pasar raya dan tempat-tempat membeli belah," katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata rakyat juga perlu bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri dan menganggap penyakit tidak berjangkit sebagai satu perkara remeh.

Katanya, kerajaan akan berusaha memperkasakan rakyat di negara ini khususnya daripada segi pemahaman dan pengetahuan serta kemahiran menangani penyakit tidak berjangkit.

"Tidak boleh mengambil remeh bahawa (penyakit tidak berjangkit) tidak akan berjangkit kepada ahli keluarga mereka, tapi kerana ada pandangan seperti ini maka mereka mengambil sikap acuh tak acuh menyebabkan sekarang penyakit tidak berjangkit boleh jadi seperti berjangkit sebab bila bapa kena, emak kena, anak pun boleh kena sebab amalan hidup tidak sihat.

"Walaupun tidak berjangkit tapi kalau tak ambil langkah awal, maka ianya boleh berjangkit dan menyebabkan setiap ahli keluarga kena penyakit ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan