Kejayaan Polis Rampas Dadah Bernilai RM20 Juta Perlu Dipandang Dari Sudut Positif

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembongkaran Polis Diraja Malaysia (PDRM)yang membawa kepada rampasan dadah bernilai lebih RM20 juta di sebuah kilang di Alor Setar semalam merupakan tindakan pencegahan yang berjaya menyekat negara dari menjadi hab pengedaran dadah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembongkaran yang melibatkan penahanan 11 individu termasuk enam warga asing itu perlu dilihat dari konteks kejayaan polis Narkotik dapat mematahkan kegiatan pengedaran dadah di negara ini.

"Saya melihat ia (serbuan dan tangkapan) dari segi positif daripada melihat ia sebagai negatif. Kalau tak ditangkap, mungkin memang betul kita jadi hab dan kalau tak ditangkap di negara lain, tak bermakna ia (hab) itu tak wujud," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini, sebagai mengulas laporan kejayaan PDRM menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa didalangi warga Belanda dan merampas sejumlah syabu dan ekstasi bernilai lebih RM20 juta.

Hishammuddin berkata negara ini mungkin hanya dijadikan sebagai transit kerana tidak mungkin rampasan dadah yang melibatkan jumlah yang besar itu digunakan oleh rakyat tempatan.

Mengenai perkembangan kes penganjuran program 'Seksualiti Merdeka 2011' yang diharamkan polis, beliau berkata kertas siasatan telah dihantar kepada pejabat Peguam Negara.

"Kita menunggu keputusan sama ada pendakwaan akan dilakukan atau sebaliknya. Kita telah mengambil keterangan puluhan yang terlibat," katanya.

Minggu lepas, seorang daripada penganjur program itu, Pang Khee Teik, bekas presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga, aktivis wanita Maria Chin Abdullah serta Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez telah diambil keterangan berhubung penganjuran program yang mendapat tentangan pelbagai pihak itu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan