JKM Terengganu Sedia RM1.1 Juta Bantu Mangsa Banjir

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu memperuntukkan kira-kira RM1.1 juta bagi keperluan makanan kepada mangsa banjir negeri itu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Zuhami Omar berkata bekalan makanan seperti sardin, minyak masak, gula, susu bayi dan selimut kini ditempatkan di depot bencana Zon Timur, Marang, di sini.

Katanya sebahagian bekalan makanan ini telah siap dihantar ke 112 bekalan hadapan minggu lalu sebagi persiapan awal menghadapi bencana ini.

"JKM telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi bencana ini kerana ramalan Jabatan Meteorologi hujan lebat dan banjir besar akan melanda pada musim tengkujuh kali ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau bekalan persiapan untuk mangsa banjir di Depot Bencana Zon Timur di sini, Ahad.

Menurut Zuhami Majlis Keselamatan Negara, Terengganu, Pejabat Daerah serta Jabatan Pembangunan Negeri turut bekerjasama memantau persiapan pengagihan makanan kepada mangsa banjir negeri itu.

Katanya agensi terbabit kini membuat persiapan rapi bagi memastikan bekalan makanan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir mencukupi.

Beliau berkata seramai 600 kakitangan JKM turut dibekukan cuti bermula 8 Nov lalu bagi menghadapi bencana ini.

Sementara itu kerajaan negeri juga telah menubuhkan Jawatankuasa Bencana Banjir bagi melicinkan misi bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di setiap daerah khususnya bagi proses pemindahan serta agihan bantuan keperluan harian.

Sebanyak 112 pangkalan hadapan disediakan iaitu dua di Kuala Terengganu, Kemaman (15), Dungun (sembilan), Besut (26), Hulu Terengganu (32), Marang (13) dan Setiu (15).

Sementara itu kerajaan negeri turut menyediakan 347 pusat pemindahan banjir yang mampu menampung lebih 51,000 mangsa banjir pada satu-satu ketika.

Sebanyak 25 pusat pemindahan disediakan di Kuala Terengganu, Kemaman (36), Dungun (52), Besut (98), Hulu Terengganu (78), Marang (23) dan Setiu (35). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan