Gangguan Bekalan Air Di N.Sembilan, Rabu & Khamis Ini

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah Rembau, Tampin dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air pada Rabu dan Khamis ini, menurut Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz.

Beliau berkata gangguan di ketiga-tiga daerah itu selama 24 jam mulai pukul 8 pagi Rabu ini berikutan kerja-kerja pengalihan paip dan penyelenggaraan berjadual loji rawatan air Gemencheh (Tampin) manakala Kendong, Chengkau dan Bongek untuk projek landasan kereta api berkembar (Rembau) dan loji rawatan air Lakai, Jelebu.

"Kawasan terlibat di daerah Rembau ialah Kendong, Kota, Gadong, Legung Ulu, Legung Hilir, Bongek, Chengkau, Nerasau, Penajis, Miku, Selemak, Astana Raja, Semerbok, Kg. Durian Daun, Kg. Pulau Besar, Kg. Pulau Bukit, Kg. Pulau Mampat, Kg. Fajar Harapan, Kg. Batang Nyamor, Kg. Chenong Ulu, Kg. Lada, Mukim Tanjung Kerling dan Batu Hampar. "Selain itu, Taman Seri Rembau, Kg. Chuai, Pekan Rembau, Sena Ulu dan Hilir, Kg. Rendah Kayu Ara, Senama, Desa Permai Mampong, Kg. Mampong, Petronas Rembau, Shell Rembau, Pejabat Daerah Rembau, Majlis Daerah Rembau, Kg. Mulia, Kg. Seberang Sawah, Kg. Perigi Jernih dan Kg. Tebing Tinggi," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Katanya kawasan terlibat di daerah Tampin ialah Taman Gemencheh Baru, Ladang Regent, Taman Regent, Taman Bunga Raya, Sekolah Ahmad Ahmadi, Taman Gemencheh Baru, Batang Melaka, Taman Batang Melaka, Kg. Punggur, Kg. Keru, Kg. Pondoi, Repah, Taman Desa Permai Repah, Taman Repah Baru, Industri Repah, Kg. Sri Repah dan Rumah Rakyat Repah.

Selain itu, Jalan Gemas, Taman Ameritis, Taman Indah Lama, Kg. Baru, Taman Woon, Taman Bahagia, Taman Tampin, Kg. Dusun, Tampin Jaya, Kg. Tengah Tampin, Kg. Kolam Air, Taman Bukit Tampin, Taman Sri Belian, Taman Sri Intan, Jalan Seremban, Kg. Ulu Chenderam, Taman Rasa Sayang dan Taman Gunung Mas.

Kawasan terlibat di daerah Jelebu pula ialah Felcra Penagoh, Kg. Air Baning, Kg. Sawah, Kg. Putra, Kg. Lakai, Mardi Jelebu, Felcra Belia Lakai, Kg. Juntai, Eastpam Juntai, Pasoh 1-4, Taman Desa Permai, Rumah Rakyat 1 dan 2 Simpang Durian, Pekan Simpang Durian, Taman Bunga Raya, Kg. Simpang Durian, Taman PKNS, Sek. Men. Teriang Hilir, Sek. Ren. Simpang Durian, Kg. Sg. Buloh, Kg. Banjir Sg. Buloh, Kg. Sabun, Serdai Hilir dan Serdai Hulu.

Turut telibat Kg. Mentaus Seberang, Pekan Durian Tipus, Kg. Baru Durian Tipus, Taman Durian Tipus, Kg. Jerang, Kg. Paya Jauh, Kg. Bemban, Ladang Abdul Kadir, Rangoi, Kg. Asli Rangoi Luar, Kg. Asli Rangoi Dalam, Air Baning, Jalan Air Baning Simpang Pertang, Eastet Pertang, Taman Gunung Mas, Jalan Wisma UMNO, Pekan Simpang Pertang, Taman Sri Desa, Taman Sri Pertang, Taman Sri Perdana, Rumah Murah Simpang Pertang, Rumah Rakyat Simpang Pertang, Kawasan Industri Simpang Pertang, Kg. Asli Simpang Pertang dan Jalan Pertang.

Azlan berkata bekalan air akan disambungkan semula selepas pukul 8 pagi Khamis ini dan dijangka pulih secara berperingkat-peringkat. Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

Sains akan sedaya upaya mendapatkan sumber bekalan alternatif agar kawasan gangguan dapat dikurangkan dan memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami para pelanggan semasa pelaksanakan penutupan sementara ini, katanya.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan