Benarkan Semua Rakyat Malaysia Mengundi - Gerakan

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia, yang berada di dalam atau luar negara, perlu dibenarkan menunaikan hak mereka sebagai pengundi, demikian satu daripada saranan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata pada dasarnya, setiap rakyat Malaysia perlu dibenarkan menunaikan tanggungjawab berkenaan tanpa mengira lokasi di mana mereka berada.

"Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kedutaan Malaysia di luar negara perlu mewujudkan satu mekanisma yang adil dan berkesan bagi memudahkan proses ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Selain itu, Gerakan menyarankan agar SPR bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam mengemas kini daftar pemilih dari semasa ke semasa bagi memastikan hanya rakyat Malaysia yang masih hidup didaftarkan sebagai pengundi.

Chang, yang merupakan Pengerusi Biro Pusat berhubung Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan, berkata dakwat kekal juga perlu digunakan dalam semua pilihan raya bagi menghalang kemungkinan mengundi dua kali. Selain itu, parti berkenaan turut mengesyorkan media diberi akses bebas serta adil kerana rakyat perlu menerima maklumat lengkap mengenai pelan tadbir urus dan manifesto semua parti politik bagi membolehkan mereka membuat keputusan untuk memilih siapa yang akan disokong.

Chang juga berkata SPR perlu diberi kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melakukan kesalahan berkaitan pilihan raya.

"Mereka (SPR) perlu diberikan satu unit penguatkuasaan bagi memastikan pelaksanaan dan pengurusan berkesan kerana sistem sedia ada, yang bergantung kepada polis dan aduan parti politik, adalah tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata Gerakan mengemukakan saranan itu bagi meningkat, memperbaiki serta memodenkan sistem pilihan raya dalam semangat demokrasi.

"Justeru, sudah tiba masanya sistem kita diperbaiki bagi memastikan kita boleh memberikan maklum balas yang berkesan terhadap cabaran kontemporari yang dihadapi sistem pilihan raya di negara ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan