75 Pusat Pemindahan Banjir Di Temerloh Bersiap Sedia

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Sebanyak 75 pusat pemindahan mangsa banjir di daerah Temerloh yang mampu menempatkan 32,000 mangsa dalam satu-satu masa, kini bersiap sepenuhnya untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir di daerah itu.

Pegawai Daerah Temerloh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Datuk Abdul Mouin Abdul Hamid berkata pusat-pusat berkenaan adalah sekolah, dewan orang ramai, masjid, balai raya dan kawasan berbukit.

"Sebanyak 83 buah kenderaan darat termasuk lori, pacuan empat roda turut disediakan bagi kerja-kerja pemindahan manakala 18 buah bot penyelamat tentera, polis, Jabatan Kerja Raya, pejabat daerah dan Jabatan Bomba dan penyelamat juga diletakkan dalam siapsiaga," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata sebanyak 14 buah pangkalan hadapan dan 26 kawasan pendaratan helikopter turut dikenalpasti bagi memudahkan menghantar bekalan makanan jika kawasan sekitarnya ditenggelami atau yang terputus perhubungan darat.

"Semua pusat pemindahan banjir akan dibuka serta merta apabila berlaku banjir," katanya. Sementara itu lebih 1,000 anggota Pertubuhan Kebajikan Warisan Kuala Semantan (Pintas) bersedia turun padang bagi membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir kelak.

Timbalan Yang Dipertua Pintas, Ahmad Jalani Sulaiman berkata, Pintas melalui Biro Kebajikan akan membantu pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat apabila bencana banjir berlaku nanti.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Bencana Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung peranan yang boleh dimainkan mereka ketika banjir kelak.

"Usaha membantu mangsa banjir itu semuanya dilakukan atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat di daerah ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan