Program Laman Agro Galak Masyarakat Bandar Guna Tanah Secara Bijak - Noh

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melancarkan program "Laman Agro" bulan depan bagi menggalakkan masyarakat terutama di bandar supaya terlibat dalam kegiatan pertanian walaupun dengan kawasan tanah yang terhad untuk bercucuk tanam.

Menterinya Datuk Seri Noh Omar berkata kementerian mahu orang ramai terlibat sama dalam aktiviti pertanian dengan menggalakkan mereka 'tanam apa yang dimakan, makan apa yang ditanam' bagi mengurangkan penggantungan kepada bekalan makanan yang diimport.

Mereka boleh menggunakan kaedah pertanian seperti seperti hidroponik untuk bercucuk tanam kerana masyarakat perlu sedar bahawa dunia dijangka mengalami krisis makanan pada 2050, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Agro Taiping di Taman Tasik Taiping di sini, malam tadi.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata bagi memastikan usahawan industri kecil dan sederhana dalam bidang pertanian dapat kekal bersaing pada masa depan, mereka perlu menggunakan teknologi moden yang antaranya mencakupi produk baru, kaedah baru pemprosesan, pembungkusan, label yang menetapi kehendak undang-undang serta sijil kualiti bertaraf antarabangsa.

Katanya usahawan industri asas tani perlu berubah dan dinamik dengan sentiasa mendapatkan maklumat dan kemahiran baru kerana ia boleh menjamin kelangsungan usahawan itu dalam perniagaan pertanian yang sangat mencabar. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan