Medan Bincang PRU-13 - Berita Semasa | mStar

Medan Bincang PRU-13

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perhimpunan Agung Umno pada hujung bulan ini perlu dijadikan medan bagi perwakilan untuk menyuarakan pandangan dalam memenangi pilihan raya umum akan datang khususnya menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu perlu dibincangkan kerana pilihan raya umum sudah terlalu hampir.

"Rugi besar jika tidak dibincangkan dengan teliti kerana pilihan raya sudah dekat sangat.

"Saya harap perwakilan akan membincangkan perkara berkenaan dengan teliti bagaimana nak menang kawasan yang kalah, mengukuhkan kemenangan di kerusi sedia ada dan menawan semula negeri yang kalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Semai Bakti Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Felda Chini 2 dekat sini, Ahad.

Beliau berkata, perwakilan juga perlu membincangkan secara terperinci kriteria calon boleh menang yang dikehendaki Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan Agung Umno 2011 akan berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember ini.

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perwakilan juga diharap membincangkan mengenai dasar transformasi negara pada masa ini.

Katanya, perwakilan bebas mengemukakan permasalahan berkaitan perkara itu supaya kepemimpinan parti memperoleh maklum balas dan memperbaiki kelemahan demi kepentingan rakyat. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan