Jakim Bandan Tunggal Pensijilan Halal - Jamil Khir

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadi badan pensijilan halal tunggal di Malaysia mulai 1 Januari tahun depan bagi mengelak kekeliruan orang Islam terhadap logo halal yang dikeluarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata sehubungan itu, Majlis Agama Islam Negeri dan Jakim akan memikul tanggungjawab menguruskan hal berkaitan logo halal.

"Tujuan kita untuk mengelak daripada pengalaman yang kita lalui dan sekarang kita ada tujuh pihak mengeluarkan sijil halal ini, dan (ada antara) mereka tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di Kota Sarang Semut pada Ahad.

Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia Teh Kee Sin yang mendakwa industri makanan serta perkilangan akan terjejas jika Jakim menjadi badan pensijilan halal tunggal di negara ini.

Teh juga menggesa kerajaan menangguhkan perlaksanaan itu dan mengkaji kemungkinan memilih lebih daripada satu badan pensijilan sijil halal sebagai alternatif dalam pengeluaran sijil berkenaan.

Jamil Khir berkata syarikat yang dilantik lebih mementingkan keuntungan berbanding Jakim dan Main, yang mengutamakan kepentingan masyarakat Islam serta menitiberatkan soal halal.

"Di seluruh Malaysia, kita ada 14 negeri iaitu akan ada 14 Majlis Agama Islam Negeri, dan ada 15, termasuk Jakim, pihak yang akan tetapkan logo halal tetapi di sini, logo halalnya kita akan satukan," katanya.

Beliau berkata andaian bahawa Jakim cuba memonopoli pengeluaran sijil halal serta mampu memberi impak negatif terhadap operasi PKS di Malaysia adalah satu salah faham.

Katanya, seramai 62 pegawai di bahagian penguatkuasaan dilatih bagi mengendalikan tugas secara efisien.

Jamil Khir juga berkata Jakim mempunyai persiapan rapi bagi melaksanakan prosedur pengeluaran sijil halal, termasuk makmal halal untuk memulakan operasi pada 1 Jan ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan