CERDIK Bantu Mangsa Korban Kemalangan

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR BAHARU: Persatuan Kecemerlangan Pendidikan Negeri Kedah (CERDIK) akan membantu keluarga mangsa yang terkorban serta pelajar dan guru yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang di Slim River dua hari lepas.

Pengerusi CERDIK, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir melalui wakilnya di sini Helmi Abdul Khan berkata CERDIK telah bersetuju membiayai kos rawatan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Rosilawati Mohd Raffi, 40, yang patah kakinya akibat kemalangan tersebut.

Guru tersebut yang kini masih dirawat di Hospital Teluk Intan, Perak dikatakan memerlukan pembiayaan kira-kira RM3,000 untuk rawatan kakinya yang patah itu.

Helmi berkata Abdul Aziz yang kini berada di luar negara telah mewakilkan beliau untuk berurusan dengan Pegawai Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu Abu Bakar Md Ali untuk menyelaraskan masalah tersebut sehingga kepulangan Abdul Aziz minggu depan.

Bercakap kepada pemberita selepas melepaskan lebih 500 peserta Larian Rakan Muda Daerah Bandar Baharu, di Dewan Sri Serdang, Serdang dekat sini hari ini, Helmi berkata bantuan kepada keluarga mangsa yang terkorban akan diselesaikan dalam kadar segera.

Dalam insiden pukul 5 pagi itu, empat maut manakala lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas rombongan sekolah yang berhenti di tepi jalan selepas terbabas.

Mereka yang maut ialah guru Siti Hajar Mohamad, 33, serta dua pelajar Khairul Anwar Azhan, 15, dan Maysarra Zaidi, 15, yang mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur.

Turut maut ialah Ketua Wanita Umno cawangan Alor Teja, Basarah Saad, 45, yang berhenti di tempat kejadian kerana ingin membantu mengeluarkan pelajar dari bas yang terbalik itu.

Sementara itu, Umno Bahagian Padang Serai melalui Naib Ketuanya Mohd Bakri Hashim, 54, menyampaikan sumbangan Umno Bahagian ketika berkunjung ke rumah keluarga Allahyarhamah Maysarra di Taman Angsana, Kulim hari ini.

Pengerusi Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) MIC Daerah Kulim/Bandar Baharu KSM Thuraisingam juga hadir pada pertemuan tersebut dan turut menyumbangkan sumbangan kepada bapa Allahyarhamah Maysarra, Zaidi Mohamad, 46. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan