Tiga Lelaki Sindiket Curi Kereta Mewah Ditahan Polis

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan satu sindiket mencuri kereta mewah yang bergerak di sekitar Cheras dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam Ops Lejang Estima awal pagi Jumaat.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, mereka yang berumur 26 hingga 29 tahun itu ditahan di Taman Suria Jaya, Cheras pada 4 pagi selepas risikan di rumah terbabit mendapati sebuah kereta jenis Toyota Estima dipercayai telah dicuri lelaki terbabit dan akan diseludup ke negara jiran.

"Pada masa yang sama, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Risikan/Operasi (D4), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ternampak sebuah lagi kereta jenis sama yang dipandu seorang lelaki dan diekori oleh sebuah jenis kereta Mitsubishi Airtrack yang dinaiki tiga lelaki memasuki kawasan tersebut.

"Setelah meletakkan kereta Toyota Estima bersebelahan dengan Estima sedia ada, kesemua mereka telah menaiki Mitsubishi Airtrack dan menghala keluar dari kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, pada masa itu, pagawai dan anggota D4 telah menghalang kereta tersebut di bahagian hadapan dan belakang dengan menggunakan dua buah kenderaan polis. Kereta Mitsubishi itu kemudian mengundur dengan laju sehingga merempuh sebuah kereta polis yang berada di belakang.

Hadi Ho juga berkata, memandangkan keadaan membahayakan, polis telah melepaskan satu das tembakan ke udara tetapi kereta Mitsubishi Airtrack masih lagi terus merempuh kereta polis yang berada di belakang beberapa kali.

Katanya, satu lagi das tembakan dilepaskan mengenai tayar kereta tersebut bagi mengelak kereta itu daripada terus bergerak namun didapati empat orang suspek telah keluar dari kereta dan cuba melarikan diri.

"Tiga lelaki berjaya ditahan di mana seorang daripadanya cedera ringan di lengan kiri terkena tembakan dan kini menerima rawatan di sebuah hospital. Seorang lagi lelaki berjaya melarikan diri dan sedang diburu," katanya.

Tiga buah kereta, Toyota Estima yang dilaporkan dicuri di Ampang, Estima yang dlaporkan dicuri di Semenyih dan Mitsubishi di Gombak telah dirampas pihak polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan