Sukan SEA Bermula Dengan Rasminya

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Walaupun hujan lebat, ribuan penonton tetap terpegun dengan pertunjukan cahaya laser dan bunga api yang memenuhi ruang Gelora Sriwijaya di Kompleks Sukan Jakabaring di sini malam Jumaat sempena dengan majlis perasmian kejohanan Sukan SEA ke-26 yang dihoskan Indonesia.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono merasmikan kejohanan selama 11 hari itu.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakan sejawatannya dari Indonesia, Andi Mallarangeng, Presiden Jawatankuasa Pengajur Sukan SEA Indonesia, Rita Subowo dan para wakil dari negara yang bertanding.

Para penonton turut dipersembahkan dengan pelbagai tarian tradisi dan moden Indonesia oleh lebih 3,000 penari.

Antara tarikan lain ialah kemunculan tiga penyanyi terkenal iaitu Agnes Monica dari Indonesia, Jaclyn Victor (Malaysia) dan K.C. Concepcion (Filipina) yang sama-sama menyanyikan lagu rasmi Sukan SEA Indonesda bertajuk "Together We'll Shine".

Pada acara perarakan kontinjen, Malaysia diketuai chef-de-mission di Palembang, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali bersama penembak Bibiana Ng sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Indonesia kali terakhir menganjurkan kejohanan ini pada 1997 dan ia juga merupakan kali terakhir ia menduduki tangga teratas.

Malaysia menghantar 872 atlet dan pegawai dan mengambil bahagian dalam 38 daripada 43 acara yang dipertaruhkan.

Ini adalah kontinjen negara yang terbesar dalam sejarah sukan ke luar negara.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan