Rekod Rakyat Malaysia Telah Meninggal Dunia Akan Diserahkan Kepada SPR Mulai 1 Disember

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rekod rakyat Malaysia yang telah meninggal dunia akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula 1 Disember ini bagi membersihkan senarai daftar pemilih sedia ada.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datin Jariah Mohd Said, permit pengembumiaan yang dikeluarkan oleh pihak polis akan diselaraskan dengan rekod kematian yang dimiliki oleh JPN.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memaklumkan kepada kami bermula 1 Disember, apabila standard permit pengembumian baru diperkenalkan ia akan diselaraskan dengan rekod kematian yang dimiliki oleh JPN,” katanya pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya di sini, Sabtu.

Beliau berkata pihak polis akan menyalurkan maklumat tersebut secara terus kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sebelum ini, apabila seseorang meninggal dunia, anggota keluarga akan memohon permit pengebumian terlebih dahulu dan selepas itu barulah mereka boleh mendaftarkan kematian dengan JPN,” katanya.

Bagaimanapun, jika mereka gagal memaklumkan kepada JPN, maka jabatan tersebut tidak akan dapat mempunyai data mengenainya.

Ketika menjawab soalan ahli panel, Tan Sri Fong Chan Onn, Jariah berkata keluarga si mati wajib untuk mendapatkan permit pengebumian namun memohon sijil kematian daripada JPN bukanlah satu keperluan.

Dalam pada itu, Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk S, Ambiga yang telah diterima sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas sebagau saksi dalam sesi pendengaran awam memohon agar data pengundi yang telah meninggal dunia tidak buang secara automatik.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Ambiga tidak boleh hadir dalam sesi pendengaran awam itu atas kapasiti sebagai Pengerusi Bersih 2.0 kerana ia bukannya sebuah pertubuhan yang berdaftar.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan