Pemilihan Calon PRU-13 Perlu Ambil Kira Landskap Politik - Shafie

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Pemilihan calon untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 perlu mengambil kira perubahan lanskap politik semasa, kata naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata pendekatan seperti itu mesti dilakukan bagi memastikan semua calon yang diketengahkan B Nmembawa kemenangan.

"Kita harus berpijak di bumi nyata kerana senario politik sekarang sudah berubah. Kita tidak boleh menggunakan kaedah atau cara yang sudah berada ditakuk lama. Calon yang ada mesti ditapis sedalam-dalamnya.

"Penapisan itu mesti membabitkan dan menyelami suara rakyat yang ada. Tidak ada ertinya kita menetapkan calon tetapi rakyat tidak terima," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Gerakan Membaja peringkat negeri Sabah di Kampung Sungai Baron, Lihak-Lihak di sini, Sabtu.

Dua hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN mengumumkan bahawa BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.

Shafie berkata cabaran yang bakal dihadapi BN pada pilihan raya umum akan datang cukup berbeza berbanding pilihan raya lepas dan ia memerlukan pendekatan tersendiri bagi memastikan BN terus berkuasa.

Beliau berkata tidak ada ertinya anggota parti mendesak pucuk pimpinan supaya meletakkan calon tertentu dari parti tertentu tetapi calon berkenaan tidak diterima rakyat dan tidak boleh menang.

Mengenai pembinaan jambatan bernilai RM 7 juta merentangi Sungai Lihak-Lihak untuk kegunaan penduduk di Pulau Lihak-Lihak, Shafie berkata jambatan yang dalam pembinaan itu boleh siap dalam tempoh enam hingga tujuh bulan dari sekarang.

Beliau berkata apabila jambatan itu siap kelak, ia bukan sahaja memudahkan pelajar berulang alik ke sekolah tetapi juga memudahkan penduduk untuk ke hospital atau keluar ke pekan Semporna. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan