Lantik Lebih Banyak Badan Keluar Sijil Halal

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan pensijilan halal tunggal di Malaysia mulai 1 Januri, 2011, akan menjejaskan industri makanan dan perkilangan, kata Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia.

Timbalan Presiden persatuan itu Teh Kee Sin yang menggesa penangguhan pelakanaan itu berkata kerajaan perlu mengkaji kemungkinan memilih lebih daripada satu badan pensijilan sebagai sumber alternatif dalam pengeluaran sijil Halal.

"Kini Malaysia mempunyai tujuh badan antarabangsa pensijilan Halal (termasuk Jakim) dan berkuat kuasa tahun depan, hanya tinggal Jakim, dan kami bimbang monopoli ini akan mewujudkan transaksi yang tidak beretika.

"Jakim sendiri ketika ini menghadapi banyak masalah dalam pengeluaran sijil Halal, permohonan baharu serta memperbaharu lesen, dan saya jangka jabatan itu akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan proses itu," katanya.

"Kami berharap kerajaan dapat melanjutkan tempoh dari 1 Jan, 2012, bagi menyelesaikan masalah dan kerajaan dapat berdialog dengan peserta industri itu.

"Kami boleh memberi pandangan dan memaklumkan masalah yang kami hadapi dan melaksanakannya apabila kami lebih bersedia," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Perniagaan Biskut, Bakeri, Konfeksi dan Mi, Kent Lim dan Presiden Persatuan Industri Makanan Laut Malaysia Lee Teck Wee.

Sementara itu, David Yeow Kock Tiong, Presiden Persatuan Makanan dan Permainan, berkata JAKIM mesti menyelaraskan pengeluaran sijil Halal di negeri-negeri. Beliau berkata garis panduan juga mesti mesra perniagaan dan telus.

"Industri Halal sangat penting dalam ekonomi negara, ia merupakan pasaran yang luas," katanya dan menambah, keajaan wahar lebih mesra perniagaan supaya mendapat perakuan bersama memandangkan permintaan untuk makanan Halal sangat besar di dunia.

Menurut Teh, terdapat seramai 4,000 PKS terlibat dalam industri makanan, dan daripada jumlah itu, 80 peratus terdiri daripada bukan Bumiputera. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan