Keperibadian Mahasiswa Mampu Bentuk Masyarakat Positif - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Mahasiswa yang disifatkan sebagai golongan berilmu dan mempunyai tingkah laku baik, boleh menjadi perantara dalam membentuk suasana masyarakat positif, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau berkata sehubungan itu, mahasiswa perlu digalak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan agar keperibadian positif mereka dapat ditonjol untuk dicontohi.

"Jadi keilmuan yang mereka dapati, sahsiah mereka, mereka harus menjenamakan masyarakat dengan kelakuan mereka. Jadi masyarakat setempat terutama golongan muda di kawasan itu, boleh mencontohi sahsiah mereka, perangai mereka yang begitu sihat," katanya selepas merasmikan penutupan Program Bersama Pewaris Muda Negara 1Malaysia 2011 (Pewaris) di Felda Titi, pada Sabtu.

Rais berkata penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan terutama di kampung juga dapat mempertingkat hubungan sosial mereka dengan masyarakat umum.

Beliau berkata program itu akan menjadi acara tetap kementeriannya menerusi Jabatan Penerangan kerana ia memiliki elemen pembentukan semangat negara bangsa selain mampu menyumbang khidmat kepada masyarakat.

Program anjuran Jabatan Penerangan dengan kerjasama pelbagai pihak terutama komuniti setempat itu bertujuan membentuk pewaris muda negara sebagai modal insan yang mempunyai jati diri dan cintakan masyarakat serta negara.

Seramai 91 mahasiswa Universiti Utara Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menyertai program itu tinggal bersama keluarga angkat masing-masing di Felda Titi, serta mengikuti pelbagai aktiviti berbentuk kerohanian, kemasyarakatan dan motivasi diri. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan