Guna Dakwat Celup: Tidak Perlu Pinda Perlembagaan - Ambiga

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda untuk membolehkan dakwat kekal digunakan ketika pilihan raya di negara ini, demikian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambaikan Proses Pilihan Raya (PSC) diberitahu pada Sabtu.

Bercakap pada hari kedua sesi pendengaran awam PSC di sini, bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata sistem itu boleh dilaksanakan dengan hanya menukar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sama sekali tidak perlu (untuk meminda Perlembagaan)... hanya perlu tukar peraturan (SPR), bukan Perlembagaan dan ini boleh dilakukan mengikut Sekyen 16 Akta Pilihan Raya yang membenarkan SPR membuat peraturan, membentangkannya di Parliamen untuk diluluskan," katanya ketika menjawab soalan seorang anggota PSC.

Terdahulu, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad meminta pandangan Ambiga berhubung perkara itu termasuk kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

Pada 2008, SPR memansuhkan rancangan menggunakan dakwat kekal bagi Pilihan Raya Umum pada 8 Mac selepas mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi. Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee juga yakin sistem itu boleh dilaksanakan.

"Mungkin pandangan saya tidak tepat, namun saya mempunyai keyakinan 99.9 peratus bahawa Perlembagaan tidak perlu dipinda bagi membolehkan dakwat kekal digunakan," katanya.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu sebelum sistem itu boleh dilaksanakan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan