Bekas Timbalan Presiden MIC Jalani Pembedahan Otak

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam sedang menjalani pembedahan otak di Hospital Perubatan Pantai pada Sabtu.

Kakak kepada Subramaniam berkata prosedur pertama berjalan lancar dan pakar bedah sedang menjalankan prosedur kedua.

Pihak hospital memaklumkan kepada ahli keluarga beliau bahawa peratusan kejayaan pembedahan tersebut adalah 95 peratus, katanya.

Pembedahan tersebut dijangka mengambil masa selama lima jam.

Kira-kira 30 ahli keluarga, rakan-rakan serta pemimpin MIC menunggu di luar Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Sementara itu, Presiden MIC, Datuk G.Palanivel, yang melawat Subramaniam di Unit Rawatan Rapi (ICU), berkata beliau terkejut selepas mendengar berita tentang keadaan ahli politik veteran itu. "Beliau masih berada di dewan pembedahan dan saya pasti tiada apa-apa yang buruk berlaku...ia akan mengambil masa untuk sembuh. Saya menemui isteri Subramaniam dan memberitahunya supaya berdoa," katanya. "Saya fikir doktor cuba menstabilkan keadaannya," katanya.

Terdahulu itu, Samu Vellu meluangkan masa kira-kira sejam di hospital berkenaan sejak pukul 2.15 petang.

"Saya terkejut dengan keadaan Subramaniam dan berharap beliau akan pulih segera. Beliau adalah seorang insan yang baik dan kami berkawan selama 40 tahun," katanya. Kira-kira 30 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan pemimpin MIC sedang menunggu di luar ICU.

Subramaniam mempunyai tiga anak iaitu dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun dan seorang anak perempuan berusia 26 tahun.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan