Bekas Menteri Syed Hamid Albar Dapat Cucu Pada 11.11.11

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyambut kelahiran cucunya yang keenam pada tarikh istimewa iaitu 11.11.11.

Istimewanya cucu keenam Syed Hamid itu yang merupakan bayi perempuan seberat 2.81 kg lahir pada 1.11 tengah hari secara pembedahan 'ceasarian' di Pusat Perubatan Prince Court di sini.

Pasangan Syed Naqib Hamid Albar, 35, dan Faralia Bahari, 28, melahirkan rasa gembira dan teruja dengan kelahiran anak pertama mereka itu.

Faralia berkata kelahiran pada tarikh 11.11.11 tidak diduga kerana bayinya telah enam hari terlewat daripada jadual.

"Saniyya Maryam sepatutnya lahir enam hari lepas namun atas sebab-sebab tertentu kelahiran bayi terpaksa ditangguhkan. Bagaimanapun kami mengharapkan semua orang mendoakan yang terbaik untuk bayi kami," katanya kepada pemberita di pusat perubatan itu.

Bagi pasangan Shahrizan Asapar, 32, dan Norlia Rajiman, 32, pula kelahiran anak perempuan pertama ke dalam keluarga merupakan satu hadiah paling istimewa buat mereka.Norlia selamat melahirkan Dhiya Nur Adreanna seberat 2.98kg pada jam 9.42 pagi.

"Sebenarnya perasaan sekarang lebih gembira kerana sebelum ini ada dua anak lelaki dan sekarang dikurniakan pula dengan puteri pertama.

"Lebih menggembirakan lagi tarikh lahir anak saya ini sama dengan tarikh lahir saya sendiri," katanya kepada pemberita di sini.

Bagi Steven Lee Wai Hoong, 32, yang berasal dari Australia dan isterinya Shirley Chin, 37, kelahiran anak pertama mereka bukan satu perkara yang diduga kerana menjangkakan pada Jumaat berikutnya.

"Kami sebenarnya mahukan Jumaat tetapi tidak menduga pula Jumaat hari ini dan berharap bayi kami Zachary, anak lelaki pertama, membesar menjadi seorang yang matang dan penuh harapan," katanya. Seorang jurucakap Pusat Perubatan Prince Court berkata lima bayi lelaki dan empat perempuan dilahirkan di pusat perubatan itu manakala empat lagi masih menunggu masa untuk dilahirkan.

Sementara itu, seramai 10 bayi perempuan dan tiga bayi lelaki lahir di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri manakala 10 bayi perempuan dan enam lelaki di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehingga 12 tengah hari.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan