Akta Baru Memperkasa Peranan Rela & JPAM Dibentang Tahun Depan - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Akta baru yang akan diperkenalkan kerajaan berikutan pemansuhan dan kajian semula beberapa akta seperti Akta Kediaman Terhad 1933 dan Ordinan Darurat, dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata akta tersebut yang kini di peringkat penggubalan juga akan melibatkan pemerkasaan peranan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (Jpam) untuk memastikan badan-badan itu terus relevan.

"Baru-baru ini kita telah mengumumkan untuk mengkaji Akta Kediaman Terhad 1933 dan mansuhkan Akta Buang Negeri 1959 dan apa yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada 15 September lalu juga melibatkan Ordinan Darurat dan dua akta yang berhubung kait dengan Ordinan Darurat ini iaitu Rela dan Jpam sedang dikaji.

"(Kajian semula dan permansuhan) Ordinan-ordinan tadi termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan mereka yang ditahan di bawah Ordinan Darurat, ada perkara yang lebih positif iaitu peluang bagi badan-badan sukarelawan kita untuk diupayakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) peringkat kebangsaan kali ke-2, di sini, Sabtu.

Hishammuddin berkata, akta tersebut akan menentukan matlamat dan hala tuju baru bagi Rela dan Jpam untuk sentiasa bersedia bagi menghadapi pelbagai ancaman terhadap negara sama ada dari dalam atau luar.

"Awal tahun depan maka mulalah era baru bagi Rela dan Jpam yang telah diwujudkan untuk menangani ancaman komunis, untuk dilihat pengisiannya yang lebih relevan dan bermakna untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran semasa," katanya.

Pada 15 September lalu, Perdana Menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011 mengumumkan pemansuhan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta mengkaji semula Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang mengambil kira Perkara 10 Perlembagaan.

Kerajaan juga sedang memperincikan peruntukan undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan peranan Rela terus kekal relevan dan digubal semula sebagai Akta Parlimen dan diletakkan sebagai undang-undang di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Hishammuddin berkata, Rela yang diwujudkan pada 11 Januari 1972 bertujuan bagi menangani ancaman komunis, sehingga kini mempunyai empat juta anggota, manakala Jpam mempunyai anggota hampir 400,000 termasuk anggota sokongan.

Seramai 1,172 orang siswa dan siswi dari 16 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai perhimpunan Kor SISPA kali ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan