Ahli Parti Yang Dipilih Diharap Tidak Sabotaj Parti - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Anggota parti yang tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berharap anggota parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.

"Hari ini semua setuju dengan Perdana Menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti. "Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh Barisan Nasional (BN) Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di sini, Sabtu.

Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.

Khairy berkata pengumuman Perdana Menteri itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat sokongan rakyat.

"Tidak guna jika popular di dalam parti tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh menang, rakyat yang menentukan.

"Saya risau, ada ramai yang walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate', tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya.

Mengenai persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah mengundi.

"Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya.

Mengenai program hari ini, Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN Pilihan Generasi Muda'. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan