RSB Tawar Pengajian Perubatan Dengan Kos Murah Di Rusia

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Rusia, Russian Resources Sdn Bhd (RRSB) sedia membantu dengan menawarkan pengajian perubatan dengan kos berpatutan.

Syarikat yang bernaung di bawah Kedutaan Rusia di Malaysia itu kini giat menjalankan promosi kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) termasuk yang berkelulusan Matrikulasi bagi mengikuti bidang tersebut di Rusia.

Ketua Kanan Unit Pemasaran RRSB, Eswin Woo berkata RRSB yang telah beroperasi sejak 14 tahun lalu, setakat ini telah menghantar lebih 2,500 pelajar Malaysia di tiga buah universiti pilihan di Rusia iaitu Moscow State Medical University, Nizhny Novogorod State Medical Academy dan Volgograd State Medical University.

Sehingga kini lebih 1,000 pelajar yang diuruskan oleh RRSB sejak 1998 telah pun kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital-hospital di seluruh negara.

Katanya pihaknya kini membantu menawarkan tempat dalam bidang tersebut dengan bayaran yang berpatutan berbanding dengan kadar yang dibelanjakan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk menghantar pelajar di dalam atau di luar negara.

Katanya keupayaan RRSB tidak perlu diragukan kerana operasi penghantaran pelajar ke ketiga-tiga universiti itu diakui sepenuhnya oleh Badan Perubatan Malaysia (MMC) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Kami menyedari keinginan ramai generasi muda yang disokong oleh ibu bapa untuk menjadi doktor tetapi oleh sebab faktor-faktor tertentu seperti tidak terpilih dan perbelanjaan yang tinggi, mereka terpaksa membuat pilihan kedua.

Justeru, RRSB ingin membantu dengan sama-sama berusaha untuk merealisasikan cita-cita mereka melalui program yang dikelolakan ini," katanya kepada Bernama, di sini, Jumaat.

Menurutnya RRSB menyediakan dua program untuk menyertai bidang perubatan di tiga buah universiti di Rusia itu untuk tempoh antara enam dan tujuh tahun.

Bagi mengekalkan mutu dan setaraf dengan syarat yang telah ditetapkan oleh universiti pilihan RRSB itu calon SPM yang ingin mengikuti pengajian perubatan mestilah sekurang-kurangnya memperolehi B dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan.

Manakala bagi calon STPM atau Matrikulasi pula perlu memiliki kelulusan 3B atau CGPA 3.0 untuk mata pelajaran Sains dan bagi A Level pula perlu mempunyai 3B untuk mata pelajaran Sains termasuk SPM.

Eswin berkata mereka yang mempunyai kelulusan SPM perlu melalui Program Praperubatan terlebih dahulu dan setelah lulus boleh meneruskan pengajian ke Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Katanya pihak universiti di Rusia juga menerima calon yang mempunyai kelulusan peringkat South Australian Matriculatin (SAM), Canadian Preuniversity(CPU) dan Unify Examination Council Taiwan (UEC).

Beliau menambah yang paling menarik dalam program pembelajaran bidang perubatan yang disediakan di Rusia di bawah kelolaan RRSB berbanding pihak lain ialah kos perbelanjaan dan hostel untuk selama enam tahun pengajian ialah hanya RM120,000 bagi Nizhny Novogorod State Medical Academy dan Volgograd State Medical University dan RM210,000 untuk Moscow State Medical University berbanding IPTA atau IPTS di dalam mahupun luar negara yang antara RM500,000 hingga RM1 juta.

"Tidak seperti pengajian perubatan di tempat lain, bagi universiti di bawah urusan RRSB ini, yuran pengajian dibayar dari tahun ke setahun dan bukan sekaligus," katanya.

Menurutnya kos tersebut bagaimanapun tidak termasuk kos sara hidup seperti makan dan minum pelajar yang dianggarkan antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

Eswin berkata setelah mendapat tempat belajar dari mana-mana satu daripada tiga universiti di Rusia itu ibu bapa hanya perlu menyediakan kos perbelanjaan belajar bagi tahun pertama sahaja manakala pihak RRSB akan membantu pelajar bagi mendapatkan pinjaman di tahun kedua dan seterusnya.

Menurutnya, buat masa ini promosi giat dilakukan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada akhir tahun ini bagi memastikan mereka yang berkelulusan STPM atau Matrikulasi serta A Level boleh memulakan pengajian pada bulan Mac setiap tahun dan bagi pelajar lulusan SPM bermula September.

Katanya setakat ini kesemua pelajar lepasan pengajian perubatan dari ketiga-tiga buah universiti kelolaan RRSB itu tidak menghadapi masalah untuk pulang menjadi doktor di Malaysia kerana kelulusan mereka diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan.

Beliau berharap program tersebut akan terus mendapat sambutan daripada pelajar terutamanya pelajar Melayu yang hanya sekitar 10 hingga 15 peratus sahaja kemasukan setahun berbanding kaum Cina dan India.

Menurutnya bagi memudahkan sesi kaunseling dan promosi, RRSB telah melantik beberapa individu sebagai pegawai pemasaran di Pantai Timur iaitu Roslan Adi (013-9801601), Mohamad Mohd Taib (013-9811040) dan Adnan Ibrahim (019-9441701) bagi Terengganu serta Noran Abdullah (012-9888025) bagi Kelantan untuk berurusan dengan pelajar.

Maklumat juga boleh dilayari melalui laman sesawang www.russian-resources.com atau melalui laman FaceBook di alamat: 1 want to study in Russia. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan