Pembangkang Tempelak ADUN Pakatan Rakyat Suka Salahkan BN

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer dari Barisan Nasional Datuk Subahan Kamal pada Jumaat menempelak seorang ADUN Pakatan Rakyat yang lebih suka menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) bagi menutup kelemahan kerajaan negeri Selangor.

"Kalau Pakatan Rakyat menuding jari kepada kami, empat jari akan kembali menuding kepada kamu semula. Hampir 3 tahun 7 bulan tapi janji tidak ditunaikan dan nanti nak pilihan raya akan berjanji lagi.

"Mana bantuan untuk suri rumah, mereka yang dapat masuk universiti, bukan semua yang dapat...ada yang datang jumpa saya minta bantuan, katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan Kerajaan Selangor 2012 di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San yang lebih cenderung mencari kesalahan Umno walaupun ia tidak mempunyai kaitan dalam perbahasannya seperti pelaksanaan projek ternakan babi secara moden di Ladang Tumbuk di Tanjung Sepat, Sepang.

Lau menyalahkan BN terutama Umno yang dituduh mempolitikkan pelaksanaan projek ladang ternakan babi sehingga menyebabkannya tertangguh.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar dewan, beliau berkata, Lau sepatutnya mengajukan soalan mengenai isu penternakan babi moden kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bukannya BN. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan