Najib Tamatkan Spekulasi Dengan Berkata P/Raya Umum Bukan Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menamatkan sebarang spekulasi mengenai pilihan raya umum yang ke-13 dengan menegaskan bahawa ia tidak akan diadakan pada tahun ini.

Bercakap kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC di sini, beliau malah berkata, tarikh pilihan raya umum tidak pun dibincangkan pada mesyuarat berkenaan.

Katanya, mesyuarat BN pada hari ini hanya menyentuh soal bagaimana untuk mengukuhkan BN sebelum berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang. Beliau juga menegaskan bahawa BN sebenarnya tidak menentang sebarang cadangan supaya rakyat Malaysia yang berada di luar negara dibenarkan mengundi.

Katanya, BN secara prinsipnya tidak mempunyai sebarang isu mengenai cadangan berkenaan tetapi apa yang perlu difikirkan ialah bagaimanakah langkah tersebut dapat dilaksanakan kerana ia agak rumit dan kompleks tidak semudah memperkatakannya.

“Kita tidak langsung menentang cadangan itu tetapi kita harus bercakap dan memikirkan bagaimanakah dari sudut logistik ia boleh dilakukan yang mana ia bukanlah mudah untuk dilakukan," ujar perdana menteri.

.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan