Najib, Muhyiddin Diperkenalkan Dengan Akhbar NST Berwajah Baru

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini diperkenalkan kepada akhbar New Straits Times (NST) yang berwajah baru di Bangunan Perdana Putra.

Mereka diberi taklimat mengenai perubahan pada akhbar harian berbahasa Inggeris itu oleh Pengarang Kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun, Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad Datuk Ahmad A. Talib, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif NSTP Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Ketua Pegawai Operasi NSTP Mohammad Azlan Abdullah.

Akhbar dengan imej baru itu berada di pasaran bermula hari ini, bukan sahaja menggunakan kepala akhbar, format reka bentuk dan isi kandungan baru tetapi juga memaparkan gambar-gambar dan iklan-iklan dalam tiga dimensi (3D).

Najib mengucapkan tahniah kepada NST bagi langkah penjenamaan semula akhbar itu. "Saya yakin NST akan menerima respons positif daripada orang ramai," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan