Kolej Mara Di Rembau Berdepan Risiko Tanah Runtuh

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), di sini berdepan ancaman tanah runtuh yang mungkin boleh membawa kemusnahan besar, apabila tanah cerun berhampiran kolej itu kini sudah menunjukkan tanda-tanda untuk runtuh.

Pegawai Jurutera Mara negeri Mohd Haizullah Ibrahim berkata, tanah cerun tersebut yang terletak kurang lima meter dari bangunan kediaman kakitangan kolej sudah bergerak sehingga menyebabkan "retaining wall" atau tembok penahan retak dan longkang pecah.

"Kita memang sentiasa melakukan pemantauan ke kawasan ini dan hujan yang agak lebat kebelakangan ini, kita telah mengesan ada pergerakan tanah pada 3 Nov lalu. "Keadaan ini bukan hanya menyebabkan retaining wall retak, malah bangunan kediaman kakitangan juga retak selain jalan berhampiran menjadi tidak rata," katanya kepada pemberita semasa lawatan Anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Hasan Malek ke kawasan itu, pada Jumaat.

Mohd Haizullah berkata, pihaknya telah melakukan kajian ke atas tanah cerun tersebut di mana ia mempunyai keluasan lebih 7.5 hektar dan ketinggian antara 50 hingga 60 meter. "Kecerunan tanah pula adalah antara 32 hingga 42 darjah dan tanah cerun ini adalah jenis tanah kaolin atau tanah liat putih di mana ia menyerap air dan disimpan di dalamnya," katanya.

Katanya, walaupun pada masa ini pihak kolej sedang melakukan kerja-kerja pencegahan termasuk membaik pulih tembok penahan, namun hujan lebat yang membawa kepada pergerakan tanah boleh menyebabkan ia runtuh tanpa diduga.

Katanya, Institut Kerja Raya Malaysia juga akan melakukan kajian ke atas kawasan itu hari ini dan KKTM juga akan mendapatkan pandangan Jabatan Kerja Raya mengenai situasi itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Hasan berkata selepas mengetahui ancaman tersebut, pihak kolej telah mengambil langkah dengan mengarahkan semua kakitangan untuk mengosongkan kediaman mereka pada 4 November lalu.

"Saya difahamkan bangunan ini didiami oleh 11 keluarga kakitangan kolej ini dan mereka sudah mengosongkan kediaman, kerana kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas mereka," katanya.

KKTM Rembau mula beroperasi pada 2008 yang menempatkan 89 kakitangan dan 360 pelajar yang mengikuti lima program diploma. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan