Khalid Akan Perjelas Isu Gaji Dan Bonus Pengurus Besar PKNS Minggu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi penjelasan berhubung pembayaran gaji dan bonus kepada Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Sidang DUN minggu depan. Isu gaji dan bonus itu dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Khamis.

Abdul Khalid berkata penjelasan itu akan dibuat ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2012 pada Sidang DUN itu nanti.

Menteri Besar berkata, beliau akan membuat perbandingan antara gaji dan elaun pengurus di bawah syarikat Khazanah Nasional Berhad dengan pengurus besar PKNS. "Ini sebab pendapatan pengurus di bawah syarikat Khazanah direkod dan saya akan tunjukkan kepada anggota dewan mengenai jumlah pendapatan mereka berbanding pendapatan yang diterima pengurus besar PKNS," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sidang DUN di sini, Jumaat. Pada sidang akhbar Khamis, Mohamad Satim mempertikaikan pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar PKNS berjumlah RM1.4 juta bagi tempoh dua tahun yang disifatkan melampau dan tidak masuk akal.

Ditanya mengenai cadangan ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali yang meminta kerajaan negeri meneliti semula kaedah pembayaran dividen dan sumbangan oleh anak-anak syarikat, Abdul Khalid berkata: "Kita akan kaji perkara itu tetapi kena lihat beberapa aspek perakaunan."

Azmin ketika membahaskan Belanjawan negeri hari ini mencadangkan agar anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar dividen terus kepada akaun hasil disatukan di bawah kerajaan negeri sebelum dibayar kepada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI). Beliau berkata langkah itu bagi menangkis tohmahan kononnya anak-anak syarikat tidak membuat keuntungan daripada pelaburan mereka.

Persidangan dewan bersambung Isnin depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan