Kementerian Luar Sanggup Bantu Keluarga Beatrice Melawatnya - Riot

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kementerian Luar sanggup membantu keluarga Beatrice Laus Johie untuk memperolehi dokumen bagi melawatnya di Melbourne, Australia di mana dia sedang direman kerana dituduh cuba menyeludup masuk heroin seberat 1.5 kg, kata timbalan menteri kementerian itu Datuk Richard Riot Jaem.

Sambil melahirkan rasa kesal dan marah kerana berlaku satu lagi kes keldai dadah dan melibatkan seorang lagi wanita Sarawak, beliau berkata beliau sentiasa berhubung dengan Konsul Besar Malaysia di Melbourne, yang telah diminta untuk memantau situasi dan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai kes berkenaan kepadanya.

"Kementerian saya boleh membantu kemudahan seperti itu jika diminta oleh ibu bapa Beatrice untuk membawa tiga orang anak lelakinya melawatnya, tetapi perbelanjaan perjalanan perlu ditanggung oleh keluarganya," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beatrice, 27, pembantu jururawat di sebuah hospital swasta di sini dan ibu tunggal kepada tiga orang anak berumur 18 bulan, enam dan tujuh tahun mendakwa dia langsung tidak mengetahui mengenai dadah di dalam begnya dan ia milik seorang rakan Afrikanya yang sepatutnya turut bersamanya ke Melbourne.

Namun lelaki berkenaan menarik diri di saat akhir dengan memberi alasan dia mempunyai masalah dengan visanya.

Riot berkata beliau gembira apabila mendapat tahu Beatrice dari Kampung Seratau dekat sini diberi layanan baik oleh polis Melbourne, sebelum kesnya disebut di Mahkamah Majistret Melbourne pada 9 Januari tahun depan.

Beliau berkata Beatrice adalah antara lima wanita Sarawak yang ditahan di luar negara kerana bertindak sebagai keldai dadah selepas dipujuk oleh lelaki Afrika yang dikenali mereka melalui Facebook.

Di samping usaha kementerian itu memberi amaran mengenai bahaya dadah, Riot mempersoalkan sama ada tamak wang ringgit menjadi salah satu motif mangsa yang kebanyakannya berpelajaran tinggi terbabit dalam transaksi dadah.

Buat masa ini, kementeriannya tidak mengeluarkan visa tetapi hanya surat kelakuan kepada rakyat Malaysia yang mahu ke luar negara untuk belajar, menjadi penduduk tetap dan bekerja, katanya.

Sejak 1991, beliau berkata 46 peratus atau 889 daripada 1,941 rakyat Malaysia ditahan di atas pelbagai kesalahan di luar negara adalah berkaitan jenayah dadah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan