JPJ N.Sembilan Buka Tempahan Nombor Pendaftaran NCQ

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan membuka tempahan nombor pendaftaran kenderaan NCQ 1 hingga NCQ 999 kepada orang ramai mulai 8 Nov hingga 29 November.

Pengarah JPJ negeri Saiful Azzri Hamzah berkata orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan nombor NCQ boleh memasuki tender di JPJ Seremban, JPJ Cawangan Jempol dan JPJ Cawangan Kuala Pilah.

Harga minima bagi nombor bernilai utama ialah RM10,000, nombor menarik RM2,000 dan nombor popular RM300, katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata deposit yang dikenakan ialah 50 peratus daripada harga tempahan (bidaan) dan bayaran deposit boleh dibuat atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia melalui bank draf atau kiriman wang atau wang pos.

"Borang tempahan nombor pendaftaran secara tawaran boleh didapati di Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan atau laman web JPJ www.jpj.gov.my," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan