Akademi Baru SPRM Mampu Latih 2,000 Anggota Setahun

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka dapat dilatih dalam tempoh setahun apabila Kompleks Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia Fasa II, di Jalan Duta di sini beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaffar berkata sebelum ini, kira-kira 100 hingga 1,000 anggota dan pegawai menjalani pelbagai latihan di bangunan akademi lama yang terletak bersebelahan bangunan baru itu. "Ini akan memberi faedah yang amat besar kepada semua dalam mencapai matlamat akademi melatih pegawai berkualiti dalam pencegahan rasuah.

"Lebih banyak kursus, bengkel dan seminar yang berkualiti dan berkesan dijangka dapat diadakan dengan wujudnya bangunan akademi baru ini," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan projek berharga RM58 juta itu oleh Jabatan Kerja Raya kepada SPRM, Jumaat.

Zakaria berkata pihaknya juga diberi kepercayaan melatih anggota pelbagai agensi dalam dan luar negara berkaitan pencegahan rasuah, dengan 10,394 peserta dalam negara dan 634 luar negara dilatih di akademi itu sehingga Oktober lepas.

Agensi yang menjalin kerjasama dengan akademi itu termasuk Pertubuhan Persidangan Islam, Tenaga Nasional Berhad, Sime Darby Berhad dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zakaria berkata projek yang dibangunkan di tapak seluas lapan hektar itu antara lain dilengkapi dua blok asrama dan dua blok kuarters pegawai dan petugas.

Ia juga mempunyai dua unit banglo, dewan makan, padang kawat, surau dan bilik Orang Kelainan Upaya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan