1,000 Hadiri Istiadat Meletak Kerja Sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Lebih 1,000 rakyat pelbagai kaum hadir di Padang Merdeka di sini bagi menyaksikan Majlis Istiadat Meletak Kerja dan Perbarisan sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-42 yang disambut pada Jumaat.

Mereka hadir sejak awal pagi dengan membawa anggota keluarga masing-masing untuk melihat sendiri kemeriahan sambutan itu yang pertama kali buat baginda selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept tahun lepas.

Majlis perbarisan kehormat itu yang diketuai Satu Rejimen Artileri Diraja (RAD) Para Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula tepat pukul 8.40 pagi Jumaat sebaik sahaja ketibaan baginda bersama rombongan kerabat Istana Kelantan.

Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, exco-exco kerajaan negeri, pemimpin-pemimpin agensi kerajaan serta beberapa kenamaan lain.

Baginda yang segak berbaju Melayu songket berwarna krim kemudiannya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memeriksa kawalan perbarisan.

Sempena hari keputeraan baginda esok, Sultan Muhammad V akan menyampaikan pingat dan darjah kebesaran kepada penerimanya di Istana Balai Besar di sini.

Hari ini dan esok adalah cuti umum sempena hari keputeraan baginda. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan