PM Umum Projek Bernilai RM5.85 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan kemas kini kemajuan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ke sembilan yang terdiri daripada 13 projek, iaitu sembilan projek baharu dan empat projek dipulihkan semula, dengan nilai pelaburan keseluruhan RM5.85 bilion.

Kesemua 13 projek itu dijangka mengunjurkan RM8.68 bilion kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI), dengan mewujudkan kira-kira 16,902 pekerjaan.

Antara projek baharu ialah oleh syarikat antarabangsa seperti IBM Corporation, Toshiba Corporation dan Akamai Technologies.

IBM, satu syarikat Fortune 500 akan melabur RM1 bilion di dalam Pusat Perkhidmatan Teknologi Globalnya di Cyberjaya dalam tempoh lima tahun akan datang.

IBM, yang akan bekerja rapat dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC), akan mengambil seramai 3,000 pekerja mahir.

Satu lagi syarikat Fortune 500, Toshiba memindahkan ibu pejabat operasi serantaunya ke Malaysia.

Dengan pelaburan RM268 juta, inisiatif itu dijangka menyumbang kira-kira RM304.8 juta pada GNI dan mewujudkan 668 pekerjaan menjelang 2017.

Sementara itu, Akamai Technologies, satu syarikat yang sedang meningkat naik dan berpangkalan di AS, akan bekerjasama dengan Telekom Malaysia bagi melaksanakan projek Netstorage yang akan menjana RM3.53 juta kepada GNI menjelang 2013.

Projek lain yang diumumkan terlibat dalam sektor penjagaan kesihatan, pertanian, pendidikan, elektronik dan elektrik serta perkhidmatan manakala yang sedang dilaksanakan ialah di dalam sektor minyak sawit, aeroangkasa dan minyak dan gas.

Najib berkata negara terus fokus pada peningkatan pertumbuhan dan daya saing bagi menjadikan Malaysia lebih menarik kepada para pelabur.

"Kami teruskan dengan pembaharuan yang termasuk Akta Persaingan, yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari, 2012 dan langkah meliberalisasikan 17 perkhidmatan seperti diumumkan di dalam Belanjawan 2012," katanya semasa kemas kini kemajuan ETP itu di sini, Khamis.

Sambil melahirkan keyakinannya bahawa negara ini akan berupaya mempercepatkan penjanaan pertumbuhan di dalam tempoh 10 tahun, katanya ETP itu kini hanya baru berusia setahun dan akan memakan masa sebelum manfaatnya dirasai di seluruh negara.

Dengan pelaksanaan kesemua projek baharu, ETP itu mencatatkan komitmen pelaburan RM177.1 bilion, RM237.23 bilion di segi unjuran GNI dan 389,263 potensi pekerjaan baharu.

Sehingga Jun 2011, pelaburan swasta RM51.2 bilion telah pun dilaburkan ke dalam ekonomi negara.

Pada masa yang sama, dalam tempoh 12 bulan, sebanyak 97 projek bawah ETP sedang dalam pelbagai fasa perlaksanaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan