Orang Ramai Diminta Beri Pendapat Pada Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai digesa tampil pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) untuk memberikan pendapat mereka mengenai pilihan raya sebaik sesi itu bermula, dijangka minggu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau sudah berbincang dengan Pengerusi PSC Datuk Seri Dr Maximus Ongkili agar jawatankuasa itu mendengar semua maklum balas daripada orang ramai pada sesi tersebut tanpa sebarang pengecualian.

"Saya harap apabila diadakan sesi pendengaran awam ini, orang ramai diharapkan jangan segan silu untuk memberikan pandangan mereka, luahkan dan sampaikan apa juga pendapat dan pandangan, yang mana semua pandangan mereka akan diambil kira oleh PSC," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Restoran dan Bistro Sticky Fingers Bangkok malam Rabu.

Jawatankuasa berkenaan mengaturkan enam sesi pendengaran awam mengikut wilayah di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas sebelum mengumpulkannya dan memberikan cadangan mereka.

Menjawab pertanyaan, jika jawatankuasa itu mungkin menjadi platform pihak tertentu membuat tohmahan terhadap kerajaan, Mohamed Nazri berkata mereka boleh menyampaikan apa sahaja pendapat dengan bebas kerana PSC turut dianggotai pembangkang.

"Tidak apa, tidak ada masalah, sebab jawatankuasa ini juga terdiri daripada anggota dari pembangkang, bukannya jawatankuasa milik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sahaja," katanya.

PSC yang diumumkan penubuhannya bulan lepas, dianggotai lima wakil kerajaan BN, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil bebas.

Mereka termasuk Anggota Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Anggota pembangkang pula termasuk Azmin Ali (PKR-Gombak) Anthony Loke (DAP-Rasah), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju).

Sementara itu, Restoran dan Bistro Sticky Fingers Bangkok, yang dirasmikan Mohamed Nazri malam ini, merupakan yang kesembilan milik Kumpulan Rotol Corporation dan menyajikan makanan Thailand.

Restoran pertama milik kumpulan itu ialah Imperial Chakri Palace di KLCC yang dibuka pada 1999. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan