Malcon 2 ISAF Berjaya Kawal Wabak Brucellosis

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen 2 Malaysia (MALCON 2 ISAF) berjaya mencipta dan melaksanakan projek kawalan menangani wabak brucellosis sewaktu misi di wilayah Bamiyan, Afganistan baru-baru ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata kejayaan tersebut diiktiraf Amerika Syarikat dan projek itu dijangka diguna pakai di beberapa wilayah utama di negara bekas perang itu.

Brucellosis adalah satu jangktian bakteria daripada binatang ke manusia.

"Wabak tersebut telah menjangkiti 687 manusia dan mengakibatkan 6,000 keguguran dalam binatang hingga menjatuhkan produktiviti ternakan di Afghanistan. "Dengan bantuan pihak berkuasa tempatan, MALCON 2 ISAF berjaya menghasilkan 69,000 vaksin dan menawarkan 36,000 binatang di mana tidak pernah berlaku dalam sejarah negara tersebut," katanya dalam ucapan pada majlis pembubaran dan pemberian Pingat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kepada pasukan MALCON 2 ISAF di Wisma Transit di sini, Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud. Projek kawalan menangani wabak brucellosis atau 'brucellosis outbreak intervention program' merupakan inisiatif MALCON 2 ISAF dengan kerjasama Pasukan Pembangunan Semula Wilayah New Zealand (NZPRT), Agensi Amerika untuk Pembangunan Antarabangsa (USAID), Aga Khan Foundation (AKF) dan veterinar tempatan.

Wabak tersebut pertama kali dilaporkan pada tahun 2008 dan membawa jangkitan paru-paru yang sangat teruk dan juga otak, bergantung kepada imunisasi diri.

Penyakit ini telah pupus di Malaysia dan negara membangun lain dan penduduk tempatan tiada pengetahuan dan sumber untuk mencegah dan merawat penyakit tersebut.

Dilaporkan terdapat tiga kematian semasa program dijalankan iaitu seorang wanita mengandung dan dua kanak-kanak.

Pakar Kesihatan Awam, klinikal epidemiologi MALCON 2 ISAF di Bamiyan, Mejar Dr Arshil Moideen berkata langkah mencegah bakteria itu adalah menerusi pembentukan satu komuniti bergelar Zoonotik.

"Komuniti Zoonotik terdiri daripada kesemua pegawai kesihatan awam di sana yang bertanggungjawab khas bagi menjaga dan mengawal penyakit-penyakit jangkitan daripada binatang kepada manusia. "MALCON 2 ISAF telah memanggil wakil daripada (Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA), Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Kementerian Pertanian dan Tanah Pertanian Afghanistan, Kementerian Kesihatan Awam, polis tempatan, Datuk Bandar, ketua-ketua kampung dan mullah (pemimpin agama) berkumpul di dalam komuniti tersebut dan mendidik mereka," katanya.

Beliau berkata komuniti tersebut bertujuan mempromosikan kesihatan secara agresif di kawasan luar bandar dan juga mendapatkan pembiayaan dari Malaysia dan Amerika Syarikat untuk menghasilkan sepanduk, poster dan risalah untuk diagihkan ke seluruh kampung dan digunakan untuk mendidik anggota komuniti.

"Mullah menggunakan khutbah Jumaat di masjid dan polis menggunakan kenderaan dan kuasa mereka untuk mendidik masyarakat luar bandar tentang kaedah untuk mengawal wabak tersebut dan cara penyelesaian yang terbaik," katanya.

MALCON 2 ISAF telah menjalankan misi di wilayah Bamiyan, Afganistan sejak 26 April dan tamat 5 November lalu dan membawa perubahan kepada penduduk di sana antaranya melaksanakan projek kawalan kuantiti air dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Pasukan tersebut melibatkan 40 anggota yang terdiri daripada 11 pegawai dan 29 lain-lain pangkat, lapan anggota wanita dan diketuai oleh Kolonel Rusman Sanip.

Misi enam bulan itu memberi bantuan perubatan, pergigian dan latihan kepada penduduk tempatan wilayah itu serta melatih petugas-petugas perubatan dan pergigian kerajaan Afghanistan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan