Jabatan Tenaga Kerja Kelantan Galak OKU Jadi Usahawan

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kelantan mempergiatkan usaha menggalakkan Orang Kurang Upaya (OKU) menceburkan diri dalam bidang keusahawanan di negeri ini menerusi Skim Bantuan Galakan Perniagaan-OKU (SBGP-OKU). Pengarahnya, Pezman Abdullah berkata skim itu yang diperkenalkan di bawah Kementerian Sumber Manusia selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi dan menghapuskan kemiskinan tegar di negara ini.

"Skim ini bukan saja menggalakkan usahawan OKU menjadi majikan, malah menggalakkan mereka mengambil pekerja terdiri daripada mereka yang senasib dengannya," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata, menerusi Rancangan Malaysia Ke sembilan (RMK-9) kerajaan memperuntukkan RM22 juta bagi membiayai OKU melalui skim itu.

Katanya, bagi negeri Kelantan sahaja, jabatannya sejak 2007 hingga kini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.986 juta kepada 60 orang usahawan OKU. "Jumlah itu adalah sebahagian besar daripada 93 permohonan yang diterima dari seluruh negeri," katanya.

Beliau berkata, menerusi skim itu pemohon tidak perlu membayar balik bantuan tersebut dan segala pembayaran dibuat terus oleh Jawatankuasa Penilai Negeri yang diketuai Pengarah JTK negeri.

Pezman berkata, kebanyakan OKU yang menerima geran menerusi skim itu telah mendapat faedah bantuan bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan di bawah program e-kasih.

Sementara itu, beliau berkata, jabatannya telah berjaya memberi peluang pekerjaan kepada kira-kira 500 rakyat miskin di negeri ini menerusi Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja 2011 dan Kerjaya Homeworking peringkat negeri, baru-baru ini.

Program sehari yang diadakan di Balai Islam Lundang itu turut menarik ramai remaja lepasan sekolah mendapat peluang kerja secara temuduga terbuka oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta swasta.

Selain itu, mereka juga diberi peluang mengikuti ceramah motivasi bimbingan kerjaya, klinik kerjaya, khidmat nasihat perburuhan dan pendaftaran online jobmalaysia, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan