Ismail Sabri Nafi Harga Produk KR1M Lebih Mahal

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan dakwaan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa harga produk 1Malaysia di kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal berbanding harga di pasar raya tempatan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dakwaan pembangkang itu merupakan sesuatu yang tidak berasas kerana mereka (pembangkang) tidak membandingkan harga produk KR1M dengan harga barangan produk berjenama sedia ada.

"Sebaliknya pihak pembangkang membandingkan harga produk KR1M dengan jenama persendirian dari pasar raya Carrefour Big Savers yang sememangnya berbeza sama sekali.

"Sebarang perbandingan harga mestilah dibuat mengikut kaedah 'apple to apple' atau pun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan, dan yang paling utama adalah kualilti," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Tony Pua pada Rabu yang mendakwa tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasar raya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M.

Ismail Sabri turut menegaskan sejak dari awal lagi kementeriannya telah menetapkan harga produk KR1M 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga produk berjenama bukannya produk persendirian mana-mana pasar raya yang ada. Beliau berkata pembangkang juga cuba mengelirukan pengguna dengan membandingkan produk KR1M dengan produk yang berlainan jenisnya, berbeza dari segi isi kandungan (berat dan isipadu), maklumat khasiat, serta promosi yang dilakukan.

"Saya ambil contoh yang paling mudah, durian Musang King perlulah dibandingkan dengan durian Musang King bukannya dengan durian kampung atau jenis durian lain yang ada.

"Di sini jelas menunjukkan bagaimana pembangkang cuba memutar-belitkan sesuatu perkara dengan membuat perbandingan palsu antara produk KR1M dengan produk yang tidak sepatutnya kerana sudah tentu harganya berbeza," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian akibat banjir besar yang melanda Thailand, Ismail Sabri menegaskan pihak kementerian sentiasa membuat pemantauan bagi menjamin hak dan kepentingan pengguna.

"Setakat ini, kementerian perlu menunggu maklum balas mengenai harga import barangan seperti sayur, beberapa jenis ikan dan beberapa lagi barangan keperluan harian lain dari pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana urusan itu di bawah bidang kuasa mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan