Iktiraf Persamaan Yang Ada Antara Islam Dan Agama Lain - Raja Nazrin

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah pengiktirafan lebih luas boleh berlaku di Barat tentang banyak persamaan antara Islam, Yahudi dan Kristian, sebagaimana Islam memulia dan menghormati nabi-nabi Kristian dan Yahudi. Baginda menarik perhatian, sebaliknya jurang antara agama Islam dan Kristian sering diperbesar-besarkan.

Raja Nazrin menegaskan dalam pelbagai isu, sama ada hak asasi manusia, keadilan sosial, tanggungjawab alam sekitar, urus tadbir yang baik, kebebasan beragama, atau undang-undang dan moral, wujud terlalu banyak persamaan antara dua agama ini.

"Jurang hanya meluas antara Islam berserta tradisi spiritual agungnya yang lain, dengan versi hedonistik dan materialistik jahil pandangan sekular dunia dan sifat semula jadi manusia," titah baginda dalam kuliahnya mengenai 'Islam, Muslim dan Hak Asasi Manusia' di Pusat Kajian Islam Oxford, Universiti Oxford, pada Rabu. Teks ucapan baginda dikeluarkan di sini. Raja Nazrin bertitah, pada tahap intelektual, pusat-pusat ilmu Barat, seperti Universiti Oxford, boleh menarik perhatian lebih besar terhadap sumbangan Islam kepada ilmu dan persefahaman manusia, dan kepada pencapaian tamadun oleh Islam. Baginda berpendapat bahawa dalam komentari pihak barat tentang Islam, perlu disedari bahawa terdapat begitu banyak wajah Islam seperti mana agama-agama lain. "Menilai Islam dengan rujukan kepada masyarakatnya yang ditadbir paling lemah tidak langsung membantu. Selain itu, dalam membandingkan tamadun, seseorang itu tidak boleh membandingkan ideal tinggi sesuatu agama dengan realiti daif agama lain," ujar baginda. Baginda juga memberitahu khalayak bahawa pihak Barat perlu berusaha memahami derita dan sengsara rakan Muslim di banyak bahagian dunia, tidak kurang juga di Palestin, berikutan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan masyarakat dunia menyelesaikan konflik Palestin pada tahap perundangan antarabangsa sehingga ini. Raja Nazrin telah dipilih sebagai pemegang amanah pusat berkenaan, yang dikurnia Piagam Diraja oleh Ratu Elizabeth II Britain, menjadikannya Institusi Islam pertama di Britain mendapat pengiktirafan seumpama itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan