Harga Barang Basah Di Kedah Naik Kerana Banjir Di Thailand

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kenaikkan mendadak harga barang basah terutamanya ikan dan sayur-sayuran di Kedah minggu lepas berpunca daripada akibat banjir yang melanda Thailand hampir empat bulan.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah, Mohd Sakri Saleh berkata pemborong menaikkan harga menyebabkan peruncit juga terpaksa menaikkan harga jualan.

"Harga barang basah terutamanya cili merah dan sawi naik mendadak pada Sabtu lepas, sehari sebelum raya Aidiladha. Kajian KPDNKK mendapati kenaikkan itu bermula di peringkat pemborong.

"Kira-kira 20 peratus bekalan yang dibawa masuk dari Thailand rosak kerana terbengkalai di stor simpanan di Thailand yang dilanda banjir besar. Pemborong yang kerugian pula menaikkan harga," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Persatuan Bertindak Harga Barang bersama Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Padi dan Beras Negara, Jabatan Veterinar serta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini petang Rabu.

Menurut Mohd Sakri Malaysia mengimport 70 peratus sayur-sayuran segar dari Thailand. Bagaimanapun harga ikan tidak naik dengan ketara kerana mengimport 10 peratus sahaja bekalan itu dari Thailand.

Beliau berkata harga sayur-sayuran dijangka kembali pada harga biasa dalam tempoh dua minggu lagi manakala Fama memberi jaminan akan mengimport cili dan sayur dari China bagi menampung permintaan.

Mengenai tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga, Mohd Sakri berkata pihaknya merasa tidak begitu wajar kerana harga yang dinaikkan tidak keterlaluan walaupun mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga Barang dan Pencatutan 2011. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan