Hanya Tiga Kolej Swasta Capai Taraf Enam Bintang

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hanya tiga buah kolej atau 1.4 peratus daripada 210 kolej swasta yang aktif di negara ini mencapai taraf enam bintang manakala 72 buah lagi (34.3 peratus) berada di bawah paras kurang memuaskan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tiga kolej tersebut ialah ialah Kolej Perubatan Pulau Pinang, Kolej Segi Subang Jaya dan Kolej Taylor Subang Jaya.

Beliau berkata kolej bertaraf lima binatang pula ialah sebanyak 9.5 peratus (20 kolej), empat bintang sebanyak 28.6 peratus (60 kolej) dan selebihnya bertaraf tiga bintang dan ke bawah. Sehubungan itu Mohamed Khaled meminta kolej swasta meningkatkan tahap, kualiti dan pencapaian mereka agar terus berada di pasaran, berdaya saing dan menjadi pilihan utama pelajar dari dalam dan luar negara.

"Kalau mereka terus kurang daripada tiga bintang, akhirnya pasaran sendiri akan menentukan nasib dan masa depan kolej itu. Jadi ini membolehkan mereka membuat keputusan, memilih yang terbaik untuk mereka dan kita akan membantu dari segala aspek.

"Saya tidak suka untuk berkata kerajaan paksa itu dan ini. Kadang kala pasaran yang akan menentukannya. Pasaran akan mendisiplinkan mereka yang tidak mencapai sesuatu tahap," katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan penilaian MyQuest 2010/2011 di sini, Khamis.

Mohamed Khaled turut mencadangkan supaya kolej yang berada di tahap yang kurang berdaya maju supaya digabungkan bersama dan mengadakan Program Peningkatan Keupayaan untuk meningkatkan daya saing, tahap dan pencapaian kolej tersebut.

Tegas beliau, para pelajar hanya akan memilih kolej bertaraf tinggi yang membuktikan kecemerlangan dari segi pencapaian dan prestasi akademik, justeru kolej yang kurang berdaya saing akan diketepikan.

Beliau berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membuat penilaian yang sama dalam membuat keputusan untuk melulus dan menyalurkan pinjaman kepada institusi pengajian tinggi swasta.

Dalam usaha transformasi negara, kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi dengan kualiti pendididan negara yang menjadi aspek penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti, tambahnya.

"Kita tidak akan kompromi dari segi menyediakan pendidikan yang berkualiti dan menjamin kualiti. Kerana dalam usaha tranformasi negara, pengeluaran modal insan amat penting dan ia bukan tanggungjwab IPTA (institusi pengajian tinggi awam) semata-mata," katanya.

Mengenai MyQuest, Mohamed Khaled berkata sebanyak 403 buah institusi pegajian tinggi swasta telah dijemput untuk menyertai penilaian Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta yang julung kali diadakan itu, namun hanya 310 buah kolej yang telah menyertai untuk melengkapkan instrumen berasaskan web.

Katanya daripada jumlah itu, hanya 232 buah kolej yang layak diaudit dan hanya 210 buah kolej yang telah bersetuju untuk diaudit sepenuhnya, manakala 22 buah tidak bersedia untuk menyertai penilaian MyQuest walaupun layak untuk diaudit. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan