Dasar Letak Anggota Majlis Dalam Jawatankuasa Tender Dipersoal

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan pakatan pembangkang Selangor dipersoal kerana meletakkan anggota majlis daripada kalangan wakil parti politik dalam jawatankuasa tender dan sebut harga pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sambil mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri itu, Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) berkata ini kerana tindakan tersebut dilihat menimbulkan banyak keraguan termasuklah kemungkinan wujudnya campur tangan politik terhadap keputusan PBT dalam menetapkan sebut harga atau tender sesuatu projek pembangunan dan sebagainya.

"Saya masih ingat sebelum ini kerajaan negeri mengatakan mahu mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran termasuklah di peringkat PBT.

"Akan tetapi, apa perlunya anggota majlis daripada wakil parti politik (DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas) duduk dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT," katanya dalam soalan tambahan kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Ronnie Liu Tian Khiew mengenai wujudnya pilih kasih dalam pentadbiran PBT di negeri ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Isa berkata dasar kerajaan negeri yang meletakkan anggota majlis dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT itu juga dilihat seolah-olah satu bentuk ketidakpercayaan kerajaan negeri terhadap pegawai PBT dalam menjalankan tugas mereka. Bagaimanapun, Liu berkata langkah meletakkan anggota majlis dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT adalah satu perkara biasa.

Beliau berkata anggota majlis dalam jawatankuasa berkenaan hanyalah bertindak sebagai pemerhati selain mendakwa langkah sedemikian turut disambut baik oleh yang dipertua dan pegawai PBT.

"Mereka (Yang Dipertua, pegawai PBT) suka ada pemantau (anggota majlis) di situ (jawatankuasa tender dan sebut harga PBT).

"Kita nak tentukan keadaan periksa dan seimbang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan