Ambiga Sah Hadir Pendengaran Awam

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga disahkan antara yang akan menghadiri sesi pertama proses pendengaran awam oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya bermula Jumaat.

Pengerusi JPK, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, bagaimanapun bekas Presiden Majlis Peguam itu akan hadir atas kapasiti individu tanpa mewakili mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Mengikut senarai yang kita terima, dijadualkan ada sebelas pihak yang akan hadir esok termasuk Datuk Ambiga," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat keempat JPK di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Selain Ambiga, antara yang akan menghadiri sesi pendengaran awam esok di Parlimen bermula pukul 9.30 pagi ialah MCA, Transparency International-Malaysia (TI-M), Majlis Belia Selangor, Persatuan Bekas-bekas Polis serta Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower).

Dalam pada itu JPK yang bermesyuarat selama hampir enam jam turut memutuskan untuk memanggil Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail sebagai saksi seterusnya bagi memberi penjelasan berhubung aspek perundangan mengenai sistem pilihan raya pada mesyuarat minggu depan.

"Masih ada beberapa perkara yang belum kemas dan kami memerlukan maklumat tambahan.

"Kita akan dapatkan pandangan Peguam Negara dari sudut perundangan, peraturan dan perihal perlembagaan yang berkaitan," katanya sambil menambah bahawa JPK telah selesai mendengar penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Selain itu JPK turut menubuhkan lima unit dibawah jawatankuasa berkenaan bagi meneliti cadangan dan maklum balas serta bertanggungjawab mendapatkan maklumat tambahan bagi menambah baik sistem pilihan raya sedia ada.

"Unit perundangan dan peraturan berkaitan pilihan raya akan dikendalikan oleh Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar) dan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju). Manakala bagi mengkaji proses perjalanan pilihan raya ia akan diuruskan oleh Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) dan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor)," katanya.

Selain itu bagi mengkaji penambahbaikan daftar pemilih, ia akan dikendalikan oleh Maximus dan Anthony Loke (DAP-Rasah) manakala bagi meneliti pengukuhan institusi SPR, unit berkenaan akan diterajui Oleh Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai.

Bagi mengakaji sistem alternatif, ia akan diketuai oleh Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit).

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan