Veteran Perang British Dibenarkan Pakai Pingat PJM - Berita Semasa | mStar

Veteran Perang British Dibenarkan Pakai Pingat PJM

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan British mengiktiraf Pingat Jasa Malaysia (PJM) anugerah kerajaan Malaysian kepada anggota veteran perang dan buat pertama kali Ratu Elizabeth membenarkan dipakai semasa upacara peringatan Ahad ini. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British dalam satu kenyataan di sini berkata memakai pingat negara asing kebiasaannya tidak dibenarkan sekiranya pengitirafan British sudah pun diberi terhadap sesuatu perkhidmatan.

"Sebelum ini anggota veteran dibolehkan menerima tetapi tidak dibenarkan memakai pingat berkenaan. Kini sudah dipersetuji bahawa mereka boleh menerima dan memakai pingat PJM.

"Ini dibuat sebagai mengitiraf dan menghargai sumbangan murah hati oleh Raja dan Kerajaan Malaysia, dan hasrat menganugerah PJM sebagai mengakui sumbangan ramai anggota veteran di tahun-tahun kesukaran membawa kepada tercapainya kemerdekaan Malaysia," kata kenyataan tersebut.

Kerajaan Malaysia memperkenalkan pingat PJM pada tahun 2005 dan menyampaikannya kepada anggota veteran British dan Komonwel yang telah berkhidmat semasa pergolakan di Malaya lewat tahun-tahun 50an dan 60an.

Upacara peringatan pelbagai agama Ahad ini akan diadakan di Tugu Negara di sini pukul 7.45 pagi dan di Tanah Perkuburan Perang Komonwel, Labuan, tambah kenyataan itu. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan