Selangor Bentang Belanjawan RM1.6 Bilion Untuk 2012

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor pada Rabu membentangkan belanjawan berjumlah RM1.6 bilion untuk tahun 2012, 11.89 peratus lebih tinggi daripada Belanjawan tahun ini berjumlah RM1.43 bilion.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa membentangkan belanjawan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang bermula pada Rabu berkata RM1 bilion akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM600 juta untuk pembangunan.

Bagi belanja mengurus, sebanyak RM323.1 juta untuk emolumen, bekalan dan perkhidmatan (RM371.4 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM284.2 juta), aset (RM8.1 juta) dan belanja lain (RM13.3 juta).

Bagi perbelanjaan pembangunan, RM411.1 juta diagihkan untuk sektor infrastruktur, RM100.1 juta bagi sektor sosial, RM84.2 juta untuk sektor ekonomi dan RM4.6 juta bagi sektor perbandaran.

Abdul Khalid berkata hasil negeri dijangka meningkat dengan hasil cukai meningkat 8.23 peratus kepada RM574.7 juta berbanding unjuran tahun ini, iaitu RM531 juta manakala hasil bukan cukai pula diramalkan meningkat sebanyak 40.12 peratus kepada RM654.6 juta berbanding anggaran perolehan untuk 2011 pada RM467.2 juta. Bagaimanapun, terimaan bukan hasil dijangka berkurangan sebanyak 14.16 peratus pada tahun 2012 kepada RM370.7 juta daripada unjuran untuk tahun ini pada RM431.9 juta, katanya.

Abdul Khalid berkata program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diteruskan dalam Belanjawan 2012 dengan pengenalan program baru iaitu Elaun Anak ke Nurseri dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Sejumlah RM7.5 juta diperuntukkan untuk Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM7.7 juta), Skim Mesra usia Emas (RM20.7 juta), Pusat Khidmat Sehenti (RM50,000) dan Skim Kesihatan Wanita (RM1 juta).

Beliau berkata kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM8.5 juta untuk pemuliharaan tapak pelupusan sampah di Kubang Badak, Air Hitam, Sungai Kembong, Pulau Ketam dan Sungai Kertas.

Selain itu, Abdul Khalid juga mengumumkan peruntukan berjumlah RM300 juta untuk memantapkan program MES menerusi 17 program tambahan, antaranya pengenalan gaji minimum RM1,500 di syarikat-syarikat milik penuh kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan