Pembangkang Jamin Pertahan Penjawat Awam

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang memberi jaminan kedudukan 1.2 juta pegawai dan kakitangan awam tidak akan terjejas sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

Jaminan berkenaan bertentangan dengan pendirian DAP iaitu rakan sekutu pembangkang dalam Pakatan Rakyat bahawa parti itu berhasrat mengurangkan bilangan penjawat awam apabila pembangkang memerintah kerajaan Pusat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, selain jaminan berkenaan, pembangkang turut berikrar untuk memperkasakan sistem perkhidmatan awam selaras seperti yang terkandung dalam bajet bayangan Pakatan Rakyat 2012 yang mengiktiraf peranan utama pegawai dan kakitangan awam dalam merealisasikan dasar-dasar kerajaan.

"Pada masa yang sama Pakatan Rakyat menegaskan bahawa pejawat awam mestilah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan standard yang diaspirasikan oleh rakyat Malaysia yakni mereka perlu bertugas dengan penuh gigih serta berkualiti tinggi.

"Mereka juga perlu membantu melaksanakan dasar-dasar dengan penuh iltizam serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh peraturan kakitangan perkhidmatan awam," katanya di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Baru-baru ini Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan seperti yang disiarkan akhbar berbahasa Cina menyebut bahawa parti itu akan mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih memerintah negara.

Kenyataan tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak yang menyifatkan ia mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Dalam pada itu Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyifatkan media sengaja memutarbelitkan fakta berkaitan kenyataan Pua bagi menimbulkan kemarahan rakyat terhadap parti itu.

"Ini semua untuk menakutkan mereka (kakitangan awam). Ia adalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan