Pelupusan Saham MAS Dalam MCSB Bagi Susun Semula Kewangan Syarikat

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah Malaysia Airlines System Bhd (MAS) melupuskan 70 peratus pegangan saham dalam MAS Catering Sdn Bhd (MCSB) pada 2002 adalah strategi penyusunan semula kewangan syarikat penerbangan tersebut.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelupusan pegangan itu bertujuan membolehkan MAS memberi tumpuan kepada aktiviti terasnya iaitu menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik, antarabangsa dan kargo.

"Selain itu, pelupusan ini juga membolehkan MAS memperoleh dana yang sangat diperlukan pada ketika itu di samping mengekalkan 30 peratus pegangan dalam MCSB untuk memelihara kepentingannya," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang ingin tahu mengapa MAS menjual pegangannya dalam MCSB kepada sebuah syarikat lain, dan terpaksa membeli semua makanan dan minuman serta perkhidmatan kabin lain dengan keuntungan jaminan daripada syarikat itu selama 25 tahun.

Pada 30 Julai, 2002, MAS telah melupuskan 70 peratus pegangan dalam MCSB kepada Konsortium Gubahan Saujana Sdn Bhd pada harga jualan RM175 juta, berdasarkan kajian menyeluruh dan nilai pasaran yang adil.

Perdana Menteri berkata, susulan pelupusan saham itu, MAS dan MCSB telah menandatangani Perjanjian Katering pada 25 September 2003.

"Perjanjian untuk tempoh 25 tahun berkenaan merupakan perkongsian strategik jangka panjang antara syarikat penerbangan dan pembekal/penyaji makanan, dan wajar diteruskan bagi memastikan tahap kualiti makanan yang disediakan oleh MAS sentiasa terjamin dan memuaskan penumpangnya," katanya.

Najib juga berkata perjanjian tersebut boleh ditamatkan dengan syarat, pihak yang ingin menamatkan perjanjian perlu membeli saham pihak yang bertentangan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan