Muhyiddin Cadang Nafas Tubuh Bank Peladang

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencadangkan supaya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menubuhkan Bank Peladang untuk mengukuhkan pengurusan kewangan semua pertubuhan peladang di negara ini.

Beliau berkata simpanan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dapat diselaras dan dikendalikan oleh Nafas melalui bank berkenaan.

Model koperasi berasaskan pertanian yang berjaya sehingga mampu memiliki bank berasaskan perniagaan tani iaitu Rabobank dari Belanda merupakan kejayaan yang wajar dijadikan model oleh pertubuhan peladang di negara ini, katanya.

"Struktur pergerakan pertubuhan peladang pada masa kini yang terdiri daripada Nafas, PPN dan PPK dengan keahlian 770,000 orang, masyarakat peladang seluruh negara merupakan satu rangkaian yang lengkap dan cukup unik.

"Gerakan tiga peringkat Nafas, PPN dan PPK perlu saling menyokong dan melengkapi antara satu sama lain. Tugas dan tanggung jawab setiap peringkat perlu diperkemas terutama dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ekonomi," katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Nafas kali ke-38 di sini, malam Selasa.

Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah dan Pengerusi Nafas Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Muhyiddin juga berharap Nafas akan bergerak lebih proaktif menerokai peluang dan pasaran melalui usahasama dengan pihak luar dalam penghasilan dan pengedaran bahan makanan ternakan.

"Usahasama itu dapat mewujudkan lebih banyak rangkaian pengedaran yang memberi peluang kepada usahawan Bumiputera mendominasi industri penghasilan dan pengedaran dalam sektor pertanian," katanya.

Beliau berkata pertubuhan peladang perlu sentiasa peka dan berupaya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling serta bergerak sebagai sebuah entiti yang profesional dan berorientasikan perniagaan selaras dengan moto "Pertanian adalah Perniagaan."

"Jika dilihat koperasi-koperasi seperti di Jepun, Taiwan dan Australia, mereka berupaya untuk melahirkan petani-petani jutawan dengan memasarkan hasil keluaran mereka ke seluruh dunia.

"Koperasi pemasaran pertanian terkenal di dunia seperti Sunkist dan Blue Diamond bijak merancang, bertindak pantas merebut peluang dan berani mengambil risiko untuk menerokai pasaran antarabangsa.

"Oleh kerana itulah saya mahu perancangan dan pengurusan perniagaan pertubuhan peladang diterajui oleh mereka yang pakar dalam selok belok perniagaan," katanya.

Muhyiddin berkata Malaysia perlu meningkatkan tahap sara diri makanan negara ke tahap yang tinggi bagi menggelakkan terlalu bergantung kepada bahan makanan import.

"Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada negara yang sering dilanda banjir dan gempa bumi. Justeru, cabaran besar kita ialah untuk meningkatkan pengeluaran makanan dengan sumber tanah dan air yang meningkat, persaingan tenaga kerja dan perubahan iklim," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan