Malaysia Sasar Jadi Pengeluar Getah Terbesar Dunia Semula - Berita Semasa | mStar

Malaysia Sasar Jadi Pengeluar Getah Terbesar Dunia Semula

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan untuk menjadi pengeluar getah terbesar di dunia semula, berikutan pembukaan lebih banyak ladang di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan berkata negara ini pernah menjadi pengeluar terbesar di dunia pada pertengahan tahun 1980'an tetapi kini berada di tempat ketiga di belakang Thailand dan Indonesia di segi pengeluaran.

"Kerajaan kini memberi penekanan pada pengeluaran lebih banyak getah di Malaysia dengan bukan sahaja memberi tumpuan di Semenanjung Malaysia malah juga di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas pembukaan Pemeran Perdagangan Plastik dan Getah Antarabangsa Malaysia (M-Plas) 2011 ke-lima di sini, Rabu.

Semasa membentangkan Belanjawan 2012 pada bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan bagi penanaman pokok getah di kawasan baharu serta skim penanaman semula getah.

"Peruntukan itu akan menyediakan peluang bagi para pekebun kecil untuk menanam lebih banyak pokok getah pada masa depan," kata Jacob.

Berdasarkan harga getah pada masa ini, katanya masa depan getah adalah cerah. "Harga itu akan terus meningkat, yang diterjemahkan sebagai lebih banyak perolehan bagi negara ini sambil memberikan impak yang positif terhadap para pekebun kecil," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persatuan Pengilang Produk Getah Malaysia Kong Ping Yee berkata kedudukan Malaysia turun dari tempat teratas di segi pengeluaran getah adalah berikutan perubahan di segi minat terhadap aktiviti hiliran dan pulangan yang lebih tinggi dari minyak sawit.

"Kita melihat sasaran untuk menjadi semula pengeluar utama sebagai sesuatu yang realistik, terutama berikutan pembukaan lebih banyak ladang getah. Walau pun berkedudukan di tempat ketiga di segi pengeluaran, kita masih utuh di segi aktiviti hiliran," katanya.

Semasa berucap sebelum itu, Jacob berkata industri getah telah menyumbang RM12.8 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2010, dan produk getah mencatatkan 2.0 peratus daripada eksport keseluruhan Malaysia.

Katanya industri produk getah Malaysia terdiri daripada lebih 500 pengeluar mengeluar produk lateks, dari tayar dan produk berkaitan tayar hingga kepada produk getah perindustrian dan am. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan